Wednesday, February 24, 2010

Pedahuluan Karangan-contoh

Contoh-Contoh Pendahuluan

1. Surat Tidak Rasmi

Menemui sahabatku, Suraya. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat wal afiat bersama-sama dengan keluarga tercinta. Saya di sini sihat sejahtera.

Saudari,
Bukankah saya pernah memberitahu saudari tentang Program Bina Semangat yang bakal saya sertai ?(ayat tema) Sebenarnya, saya sudah mengikuti program tersebut. Banyak pengalaman manis yang saya peroleh selama empat hari mengikuti program itu.( ayat menjurus kepada soalan)


2. Surat Rasmi

Aduan tentang Kegiatan Merosakkan Kemudahan Awam

Saya Harun bin Kadir sebagai wakil penduduk Taman Uda Murni, ingin membuat aduan tentang vandalisme yang berleluasa di tempat kami.(ayat tema) Perbuatan ini telah menyebabkan penduduk taman ini sering mengalami kesulitan Banyak kemudahan awam di kawasan ini yang telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. ( ayat menjurus kepada soalan )


3. Syarahan

Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan-tuan Pengetua, yang saya hormati barisan panel hakim, dan seterusnya guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera.” Kecuaian Manusia Adalah Faktor Utama Kemalangan Jalan Raya” merupakan tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini.( ayat menjurus kepada soalan )


4. Laporan

Laporan Aktiviti Persatuan Alam Sekitar SMK Datuk Bendahara

Persatuan Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara telah ditubuhkan pada tahun 1990. Jumlah ahlinya pada tahun ini seramai 130 orang pelajar. Persatuan ini mempunyai guru penasihat seramai empat orang. Banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan ini sepanjang tahun ini.( ayat menjurus kepada soalan )


5. Wawancara

Wartawan : Apa khabar, Encik Fauzi ? Terima kasih kerana sudi berwawancara dengan saya pada hari ini.
En. Fauzi : Ya, saya khabar baik.Terima kasih juga kerana sudi mewawancara saya.
Wartawan : Saya ingin mewawancara Encik Fauzi tentang kenaikan harga barang terutamanya pada musim perayaan. ( ayat menjurus kepada soalan )


6. Keperihalan

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah dipilih ke Program Bina Semangat dan Motivasi yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.(ayat tema) Saya berasa bangga kerana terpilih untuk menyertai program tersebut.(nyatakan perasaan) Sebanyak 65 orang pelajar daripada beberapa buah sekolah di daerah ini bersama guru pengiring menyertai program tersebut. Program itu berlangsung selama empat hari tiga malam di Hutan Lipur Serindit. Banyak pengalaman dan faedah yang saya peroleh sepanjang mengikuti program ini.( ayat menjurus kpd soalan)


7. Fakta

Pembalakan boleh didefinikan sebagai kerja-kerja atau usaha penebangan hutan untuk menghasikan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar,memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya.Pembalakan boleh diklafikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan halal dan pembalakan haram.Pembalakan halal merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan.Sebaliknya, pembalakan haram merupakan kegiatan membalak yang dijalnkan secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin kurang.( ayat tema) Oleh itu, langkah-langkah perlu di ambil unuk membendung kegiatan ini. ( ayat menjurus kpd soalan)


8. Perbincangan / Pendapat

Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung.(ayat tema) Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di seluruh sekolah di dunia. Lebih malang lagi, peratusan kes di negara kita dikatakan meningkat setiap tahun. Hakikatnya, budaya ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, malah perlu ditangani segera.( ayat menjurus kpd soalan)

No comments:

Post a Comment