Tuesday, March 2, 2010

Latihan Sej.T.3 - Bab5


BAB 5: KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

Tunku Abdul Rahman
Tun Dr. Ismail
Tun H.S. Lee
Tun Abdul Razak
1 Senarai di atas menunjukkan antara tokoh-tokoh yang menyertai
Rombongan Merdeka pada tahun 1956. Tokoh-tokoh tersebut mewakili
A Parti UMNO
B Parti Perikatan
C Kerajaan British
D Raja-raja Melayu

Perjanjian London 1956
2 Apakah perkara penting yang terkandung dalam Perjanjian London 1956?
I Kerakyatan jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu
II Perlantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal
Perlembagaan Merdeka
III Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada
31 Ogos 1957
IV Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau
kepentingan barat di Persekutuan Tanah Melayu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Persekutuan Tanah Melayu 1948
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Q
Suruhanjaya Reid
Merdeka 1957
3 Rajah di atas menunjukkan langkah-langkah menuju ke arah kemerdekaan.
Apakah Q ?
A Sistem Ahli
B Penubuhan Parti Perikatan
C Rundingan Merdeka di London
D Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur

20 Februari 1956- Kepulangan Rombongan Merdeka dari London

4 Berdasarkan pernyataan di atas, di manakah berlakunya tarikh
pengisytiharan kemerdekaan?
A Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
B Istana Besar Johor Baharu, Johor
C Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka
D Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

5 Antara berikut yang manakah berkaitan tentang janji-janji Parti Perikatan
kepada British apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
I Pangkalan tentera British masih dikekalkan di Tanah Melayu
II British bebas menjalankan kegiatan ekonomi mereka di Tanah Melayu
III Kerajaan Tanah Melayu akan menerima seorang pegawai British
sebagai Penasihat
IV Harta benda British di Tanah Melayu tidak akan diambil alih oleh
kerajaan Tanah Melayu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Lord Reid
Sir Ivor Jennings
William Mckell
Tuan B. Malik
Tuan Abdul Hamid
Q
6 Rajah di atas menunjukkan anggota-anggota yang menjadi ahli Q yang
ditubuhkan pada tahun 1956. Apakah tujuan penubuhan Q?
A Mengadakan pilihan raya peringkat persekutuan
B Merangka Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka
C Merundingkan tentang penyatuan Singapura dengan Tanah Melayu
D Merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada kerajaan
British

Beberapa cadangan Suruhanjaya Reid yang asal terpaksa dipinda untuk memuaskan hati semua pihak
7 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perkara yang telah dipersetujui
daripada pindaan tersebut?
I Cara pemilihan anggota parlimen
II Penggunaan bahasa di dalam majlis perundangan
III Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di
Tanah Melayu
IV Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan
Hak kaum lain
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


Perlembagaan Merdeka 1957

8 Ketua negara bagi penduduk Tanah Melayu ialah
A Ratu England
B Perdana Menteri
C Yang di-Pertuan Agong
D Pesuruhjaya Tinggi British


Semasa upacara pengisytiharan kemerdekaan yang diadakan di Stadium Merdeka, Pemasyhuran Kemerdekaan telah disampaikan kepada Tunku Abdul Rahman oleh wakil Ratu England.

9 Siapakah wakil Ratu England semasa upacara berkenaan?
A Duke of York
B Duke of Wales
C Duke of Gloucester
D Duke of Wellington

10 Perlembagaan Merdeka mengandungi beberapa fasal penting.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘fasal’?
A Perkara atau undang-undang utama
B Satu perisytiharan atau pengumuman penting
C Dokumen yang mengandungi cadangan tentang sesuatu perkara
D Bahagian daripada bab atau seksyen tertentu dalam dokumen
Undang-undang

11 Siapakah tokoh bukan Melayu yang terlibat dalam menuntut kemerdekaan
Tanah Melayu?
I Chin Peng
II Chien Tien
III Tun H.S Lee
IV Tun V.T. Sambanthan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Pemasyhuran Kemerdekaan adalah penting sebagai tanda pembebasan
negara daripada penjajahan British.

12 Antara berikut yang manakah merupakan isi kandungan Pemasyhuran
Kemerdekaan tersebut?
I Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957
II Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat
III Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
IV Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka mengandungi negeri
Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
13Tulisan jawi telah digunakan dalam dokumen pemasyhuran kemerdekaan. Mengapakah tulisan jawi digunakan ?..

A Menjadi simbol warisan bangsa.
B Menjadi tulisan rasmi Tanah Melayu.
C Menjadi tulisan perundangan Tanah Melayu
D Menjadi tulisan dalam urusan perdagangan Tanah Melayu









Karangan-Kaedah Menulis Kesimpulan/Penutup

Kaedah Menulis Kesimpulan atau Penutup
Formula kesimpulan karangan jenis cerita / pengalaman
A1 = Rumusan tindakan / aktiviti
A2 = Perasaan peserta / individu terbabit
A3 = Pengajaran yang diperoleh (satu atau dua ayat)
A4 = Harapan / nasihat kepada pembaca

Contoh
Tajuk : Ceritakan pengalaman anda di satu tempat peranginan

Setelah empat jam di Bukit Bendera, kami membuat keputusan untuk mneruni bukit. Kami sudah agak keletihan namun hati kami tetap gembira. Sesungguhnya, keindahan Bukit Bendera telah menjadi ilham kepada kami. Tunggulah daku pada kesempatan dan masa yang lain, desis hatiku. Bukit Bendera tetap segar dalam kenangan.

Formula Kesimpulan Karangan Jenis Perbincangan
A1 = Rumusan isi
A2 = Cadangan penulis
A3 = Seruan / harapan (pihak yang berkenaan)
A4 = Ramalan / gambaran kesan

Contoh
Tajuk : Keruntuhan moral anak-anak pada zaman ini di sebabkan oleh media massa. Berikan pendapat anda.

Terbuktilah bahawa sememangnya media massa telah menyumbangkan kearah keruntuhan moral remaja di negara kita. Sesungguhnya maalah keruntuhan akhlak ini dapat dikurangkan seandainya semua menghulurkan kerjasama dengan menyokong usaha-usaha kerajaan dan pelbagai pihak untuk mengatasinya. Diharapkan semua pihak terutamannya ibu bapa dapat membimbing anak-anak kea rah yang sihat dan benar. Jika masalah keruntuhan akhlak anak-anak pada hari ini dapat di atasi, maka negara akan dapat diterajui oleh pemimpim-pemimpin yang betul-betul berwibawa. Ingatlah kata pujangga, “Pemuda harapan negara, Pemudi Tiang negara”.

Karangan-Teknik Mengembangkan Isi Karangan

Teknik Mengembangkan Isi Karangan

Formula :
IMPAK – soalan langkah/usaha
KESAN – soalan kesan
PUNCA – soalan punca
FAEDAH – soalan kebaikan/kepentingan
KAEDAH 5W 1H – soalan laporan peristiwa

Formula IMPAK
- Formula IMPAK sesuai untuk karangan jenis langkah atau usaha

I - Isi tentang langkah / usaha (cara yang dilaksanakan)
M - Mengapa perlu dijalankan ( masalah sebelum ini)
P - Pengembangan / penerangan bagaimana langkah tersebut harus dilaksanakan/dijayakan oleh sesuatu pihak /agensi berkenaan
A - Masukkan alibi(bukti dan keterangan tentang langkah tersebut sebagai contoh)
K - Kesan positif langkah yang diambil/bakal dijalankan
·Setiap perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 6-8 ayat.
·Susunan ayat / idea bebas sama ada deduktif, indukif dan gabungan.
Soalan Contoh
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa
Rangka Jawapan

I
-Isi / langkah ~ memperkenalkan Malaysia di luar negara.
M - Mengapa/ masalah sebelum ini ~ Malaysia indah tetapi belum dikenali ( iklim, flora-fauna, masyarakat majmuk, pelbagai budaya, syurga makanan dll)
P - Pengembangan / bagaimana melaksanakan ~ Malaysia boleh diperkenalkan melalui media elektronik dan cetak (internet, halaman, risalah, iklan, dokmentari)
A - Alibi (contoh / bukti ) ~ pembikinan Majalah 3 oleh TV3, Warisan Sungai oleh RTM, Rencana dalam Majalah ‘Going Places’ oleh MAS.
K - Kesan ~ kedatangan pelancongan bertambah / pertukaran wang asing meningkat.

Formula KESAN
- Menghuraikan isi kesan sesuatu perkara.

K - Kesan (isi) / ayat topic
E - ‘Explain’ bagaimana berlaku / terjadi kesan tersebut
S - Sebab terjadi demikian
A - Alibi ( contoh/ bukti kejadian)
N - Natijah/ kesan keseluruhan
Soalan Contoh
Kemasukan warganegara asing ke negara ini secara haram menimbulkan pelbagai kesan kepada rakyat negara ini. Huraikan kesan-kesan tersebut.

K
-Kesan(isi) ~ merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan.
E - Explain / bagaimana ~ majikan lebih suka mengupah mereka
~ suka membelakangkan warga tempatan
~ sanggup berhentikan pekerja tempatan untuk memberikan laluan kepada
warga asing
S - sebab ~ merupakan pekerja yang rajin dan baik
~ berasal dari keluarga yang miskin
~ sanggup melakukan sebarang pekerjaan
~ tidak memilih / cerewet tentang upah
A - Alibi / contoh ~ berlaku di sektor perladangan
~ berlaku di sektor pembinaan, perkilangan
N - Natijah (akibat) ~ kadar penggangguran pekerja tempatan meningkat
~ kadar jenayah meningkat

Formula PUNCA
Huraian isi sebab / punca / faktor sesuatu perkara

P - Point (sebab / punca / faktor)
U - Ulasan isi / point (definisi, mengapa,bila, di mana, siapa)
N - Naratif (ceritakan) bagaimana terjadi / berlaku
C - Contoh / bukti
A - Akibat / Natijah / Kesan
Contoh soalan
Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah

P - Point (punca) – punca tertarik / terpengaruh oleh dorongan material
U - Ulasan ~ dorongan material tersebut ialah mahu hidup bergaya, kelihatan cantik dan
anggun, merasai nikmat keduniaan
N - Naratif – tergoda oleh cerita rakan – meninggalkan sekolah dan membelakangi ibu bapa – akibat mentah dalam pemikiran / kurang asam garam kehidupan
C - Contoh – kajian oleh pihak polis membuktikan faktor tersebut, hasil temu ramah dengan mangsa /
reaksi mangsa dalam Kisah Benar di TV 3
A - Akibar – Remaja menggilai nilai-nilai kebendaan tetapi malang tidak berbau – remaja terjebak ke
dalam kancah maksiat / lembah kehinaan seperti menagih dadah, pelacuran

Formula KAEDAH
Menghuraikan isi faedah sesuatu perkara

Fa - Fakta iaitu Faedah / Kebaikannya
E - ‘Explain’ bagaimana terjadi / berlaku / diperolehj
Da - Dalil (keterangan, bukti, contoh faedah)
H - Hujah pendirian { penulis / ayat kesimpulan }
Contoh
Faedah / Kebaikan Teknologi maklumat
Dalam bidang perubatan

Fa - Teknologi maklumat untuk mendiagnosis pesakit dan mengenal pasti penyakit
E - Data maklumat lengkap – mudah dibandingkan / dianalisis
Da - Komputer menerima imput tentang status pesakit – memproses input – contoh
H - Terbukti bahawa Teknologi maklumat dapat dimanipulasikan untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan perubatan negara kita
Dalam bidang pendidikan

Fa
- Memudahkan pelajar-pelajar berhubung dengan pensyarah-pensyarah di dalam atau di luar negara
E - Pelajar dapat berkomunikasi secara langsung dengan pensyarah berhubung masalah pembelajaran
Da - Telesidang dan internet memungkinkan komunikasi dua hala berlangsung
H - Dalam hal ini, Teknolgi Maklumat bukan sahaja menjimatkan kos malah menjimatkan masa.

Formula KEDAH 5 W 1 H
Huraikan untuk soalan laporan peristiwa

Apa - Apa peristiwa yang ingin dilaporkan
Bagaimana - Bagaimana peristiwa tersebut berjalan atau dilaksanakan atau berlaku
Siapa - Siapa yang terlibat dalam peristiwa terebut
Di mana - Di mana peristiwa itu berlaku
Bila - Bila ia berlaku / tarikhnya
Mengapa - Mengapa berlaku atau mengapa diadakan

Karangan-Teknik Penulisan Perenggan

Kaedah Menulis Perenggan Isi Karangan
  • Setiap perenggan mesti mempunyai satu isi sahaja.
  • Setiap perenggan yang berkualiti mesti disertai dengan isi penting, huraian, dan contoh yang sesuai.
  • Terdapat 3 jenis perenggan bagi membina isi iaitu:
    a) Perenggan deduktif
    b) Perenggan induktif
    c) Perenggan gabungan deduktif dan indukti

a) Perenggan Deduktif
Perenggan jenis ini mendahulukan isi penting, huraian, dan contoh.
Ø Isi penting
Ø Huraian Isi
Ø Contoh
Contoh:
Salah satu sebab berlaku masalah ponteng dalam kalangan pelajar ialah kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.(isi penting) Hal ini demikian kerana ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehingga tidak ada masa untuk melihat pelajaran anak mereka. Kesannya, anak mereka menjadi bosan dan akhirnya terlibat dalam masalah ponteng sekolah.(huraian isi) Ibu bapa yang keluar bekerja pada awal pagi menyangka anak mereka pergi ke sekolah, tetapi terperanjat apabila diberitahu oleh guru bahawa anak mereka tidak hadir ke sekolah.(contoh)

b) Perenggan Induktif
Perenggan ini mesti mendahulukan huraian tentang isi, seterusnya diikuti dengan contoh-contoh dan isi penting pada akhir perenggan.
Ø Huraian isi
Ø Contoh
Ø Isi penting
Contoh:
Ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehinggga tidak ada masa untuk melihat pelajaran sekolah anak mereka. Kesannya, anak akan menjadi bosan dan akhirnya terlibat dalam masalah ponteng sekolah.(huraian isi) Ibu bapa yang keluar bekerja pada awal pagi tidak menyangka anak mereka tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. (contoh) Kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka inilah yang menyebabkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa.(isi penting)

c) Perenggan Gabungan Deduktif dan Induktif
Kaedah ini pula membenarkan isi penting wujud pada awal perenggan dan akhir perenggan. Huraian dan contoh-contoh wujud antara kedua-dua isi penting itu.
Ø Isi penting
Ø Huraian isi
Ø Contoh
Ø Isi penting
Atau
Ø Hurain isi
Ø Contoh
Ø Isi penting
Ø Huraian isi
Contoh:
Salah satu sebab berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kerana kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.(isi penting) Hal ini demikian kerana ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehingga tidak ada masa untuk memantau pelajaran anak mereka.(huraian isi) Ibu bapa yang keluar bekerja pada awal pagi menyangka anak mereka rajin ke sekolah tetapi amat terperanjat apabila diberitahu bahawa anak mereka tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari.(contoh) Hal ini jelas menunjukkan bahawa masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar berlaku kerana kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.(isi penting)

Karangan-Bentuk-Bentuk Pendahuluan

Bentuk-bentuk Pendahuluan Karangan yang Mudah

Bentuk-bentuk pendahuluan ini sesuai digunakan dalam karangan tidak berformat. Sekiranya karangan berformat, pelajar hanya perlu menuliskan format rasmi berkenaan dan terus kepada bentuk pendahuluan yang dikehendaki.

1. Bentuk Pendapat/Pandangan Tokoh
Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar menguasai nama-nama tokoh yang relevan dengan tajuk soalan yang dikemukakan. Misalnya:
- Isu pendidikan- Menteri Pelajaran Malaysia
- Isu pendatang asing- Menter Dalam Negeri
- Isu kemalangan jalan raya – Menteri Pengangkutan/Menteri Kerja Raya
- Tokoh-tokoh lain yang bersesuaian juga boleh digunakan tetapi pastikan tokoh berkenaan mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Tentukan isu yang dibincangkan (ayat tema)
Ayat 2 – Nyatakan pandangan tokoh berkenaan tentang isu tersebut.
Ayat 3 – Nyatakan ulasan tentang perkara yang dinyatakan oleh tokoh berkenaan.
Ayat 4 – Nyatakan hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.(ayat menjawab soalan)
Soalan contoh
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini.
Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.
Contoh :
Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian jenayah membabitkan remaja pada masa kini.(A1) Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini.(A2) Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh remaja terhadap seorang kanak-kanak baru-baru ini.(A3) Bagi menangani masalah ini daripada berterusan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya(A4).

2. Bentuk Persoalan
Bentuk persoalan merupakan bentuk pendahuluan yang agak mudah untuk dikuasai oleh pelajar. Pelajar hanya perlu mengemukakan beberapa persoalan yang berkaitan dengan isu yang mahu dihuraikan dalam karangan.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Pernyataan isu yang dijadikan asas dalam soalan (ayat tema)
Ayat 2 – Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu yang akan dibincangkan.
Ayat 3 – Ulasan persoalan yang telah dikemukakan.
Ayat 4 – Hala tuju soalan dalam bentuk persoalan (ayat menjawab soalan)
Contoh :
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini.(A1) Perkara yang menjadi persoalan kepada kita ialah mengapakah perkara ini semakin kerap berlaku? Apakah yang menyebabkan remaja yang bakal mewarisi kepimpinan negara ini melakukan jenayah pada usia muda?(A2) Semua persoalan ini makin menghantui kita dari sehari ke sehari.(A3) Siapakah pihak yang bertanggungjawab menangani masalah ini daripada terus menular dan menjadi barah dalam masyarakat kita ?(A4).

3. Bentuk Definisi
Pendahuluan jenis definisi agak mudah untuk dihasilkan. Pelajar perlu mengenal pasti perkara pokok dalam soalan. Berikan definisi yang tepat dan jelas tentang perkara tersebut. Kaitan definisi yang diberikan dan pokok persoalan dalam soalan perlu ketara. Pelajar tidak seharusnya memberikan definisi yang salah tentang perkara pokok yang ingin disampaikan. Tanpa definisi yang tepat, pendahuluan yang ditulis akan menjadi kabur.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Definisi perkara pokok yang terkandung dalam soalan.(ayat tema)
Ayat 2 – Ulasan tentang definisi yang diberikan dan kaitkannya dengan isu yang akan dihuraikan.
Ayat 3 – Ulasan isu yang dinyatakan.
Ayat 4 – Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.(ayat menjawab soalan)
Contoh :
‘Jenayah Remaja’ dapat ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja yang di bawah usia belasan tahun.(A1) Remaja yang melakukan jenayah ketika ‘di bawah umur’ akan dibicarakan di Mahkamah Juvana.(A2) Hal ini semakin membimbangkan kerana kejadian jenayah yang membabitkan golongan remaja yang masih bersekolah semakin bertambah dari masa ke masa.(A3) Mahu ataupun tidak mahu kita perlu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini daripada berterusan.(A4)

4. Bentuk Isu Semasa
Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku. Pelajar perlu mengaitkan peristiwa semasa dengan isu yang akan dibincangkan dalam karangan. Pendahuluan ini sekadar mengulas isu semasa yang berlaku dan membuat perkaitan dengan kehendak soalan.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Isu semasa yang relevan dengan kehendak soalan.(ayat tema)
Ayat 2 – Ulasan isu yang dijadikan perkara pokok dalam pendahuluan.
Ayat 3 – Ulasan isu dan kaitannya dengan perkara yang pada masa kini.
Ayat 4 – Hala tuju soalan karangan mengikut kehendak soalan (ayat menjawab soalan)
Contoh:
Sejak akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan pelbagai cerita salah laku dalam kalangan remaja.(A1) Kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan kes jenayah kecil seperti memukul rakan sebaya sehingga kes jenayah berat seperti membunuh.(A2) Semakin banyak kes yang dilaporkan semakin kerap berlaku kejadian jenayah dalam kalangan remaja.(A3) Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini sebelum menular memjadi lebih serius.(A4)

5. Bentuk Berita
Setiap hari berita-berita dalam akhbar memaparkan pelbagai perkara. Sesetengah perkara tersebut boleh dieksploitasi untuk dijadikan pendahuluan sesebuah karangan. Pelajar boleh menulis tajuk-tajuk berita sebagaimana yang sering dibaca di dalam akhbar bagi memulakan karangan dengan menggunakan tanda baca. Penggunaan tanda baca penting kerana ayat dalam tajuk berita biasanya tidak lengkap subjek dan predikatnya kerana ditulis secara ringkas sebagai kepala berita.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Tajuk berita yang ditulis berdasarkan isu dalam soalan(ayat tema)
Ayat 2 – Kaitkan berita yang ditulis atau dicipta dengan isu dalam soalan
Ayat 3 – Ulasan isu dalam soalan
Ayat 4 – Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.(ayat memjawab soalan )
Contoh:
“Dua Remaja Ditangkap Meragut” merupakan satu lagi tajuk berita hangat yang disiarkan di ahkbar semalam.(A1) Belakangan ini tajuk-tajuk berita yang melibatkan jenayah dalam kalangan remaja sering terpapar pada dada-dada akhbar arus perdana seperti goreng pisang panas.(A2) Hal ini diibaratkan satu gejala yang sukar dibendung dan sudah menjadi barah dalam kalangan remaja pada hari ini.(A3) Sebenarnya, berita-berita sebegini dapat dikurangkan sekiranya ada pihak yang tampil untuk menangani masalah ini secara menyeluruh.(A4)

Friday, February 26, 2010

Nota Sej-T2-Bab 2

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu – NNM
(Teks m/s: 29-32)
Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNM
i. Kekayaan bumi NNM
· hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
· kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang dan Sungai Lembing (Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
· kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang
ii. Revolusi Perindustrian
· British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan
· NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah berterusan
· NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang
iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap
· Terusan Suez dibuka tahun 1869
· terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean
· ia memendekkan perjalanan dari England (Eropah) ke India, Asia Tenggara dan China
· penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan dapat membawa muatan lebih banyak
iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain
· abad ke-19 berlaku persaingan kuasa
· British di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara
· British tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM diancam oleh kuasa Barat lain seperti Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina
v. Perubahan Dasar British di London
· tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan British di London
· Parti Liberal kalah
· pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan di NNM
vi. Desakan Pedagang di NNM
· keadaan huru-hara berlaku di NNM
· antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina
· keadaan ini memberi kesan kepada pedagang-pedagang di NNS kerana mereka mengalami kerugian
· akibatnya pedagang mendesak British campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka di NNM
· tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis surat kepada Lord Kimberly iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British mendesak British campur tangan

Hubungan Antara NNS Dengan NNM
· NNS sebagai pelabuhan entrepot
· NNS mengendalikan perdagangan bagi NNM
· Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang

2.2 Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British

(Teks m/s: 33)
· kurun ke-19 keadaan di NNM pantai barat huru-hara dan tidak stabil
· antaranya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
i. Keadaan di Perak
· politik tidak stabil
· sebab-sebab;
a) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San
· buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai pada tahun 1848 oleh Long Jaafar ke daerah Larut (Kelian Pauh dan Kelian Bharu)
· tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di Larut
· berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan Perang Larut
· keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah
· Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut melantik Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Polis NNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut
b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja
· berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya
· mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal menjadi sultan
· tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan pembesar-pembesar Perak melantik Raja Ismail (Raja Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang baru
· pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda ketika itu) dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu)
· Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta
· pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja Abdullah tidak hadir walaupun dijemput
· Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak
· tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh pembesar-pembesar di hilir Perak seperti Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
· kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja
· Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak
· keadaan ini menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak
· Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan
· permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew Clarke (Gabenor NNS) yang membuka peluang British untuk menguasai Perak
Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:
· Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin kongsi gelap Cina berunding di Pulau Pangkor
· antara pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor
· Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan
· antara pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah Kapitan Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai San)
· hasil rundingan membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 30 Januari 1874
· perjanjian ditandatangani atas kapal british iaitu H.M.S. Pluto
Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:
· Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak
· Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
· sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam semua perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adapt istiadat Melayu
· Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
· Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak
· Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen
· Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak
Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:
· tanda bermulanya kuasa British secara langsung dalam pentadbiran dan ekonomi Perak
ii. Keadaan di Selangor
· tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabal menjadi sultan Selangor
· daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman
· apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula oleh Raja Abdullah
· timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman)
· Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang
· buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di lombong-lombong
· lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang
· tahun 1860 daerah Klang berkembang maju sebagai pusat bijih timah
· Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880
· kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan antaranya oleh Raja Mahadi
· perbalahan antara mereka mencetuskan perang saudara – Perang Klang
· perang audara merebak ke daerah-daerah lain di Selangor
· keadaan bertambah buruk apabila pelombong-pelombong Cina terlibat sama
· tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di Klang
· kegiatan perdagangan Selangor terjejas
Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan Perang Klang:
· Sultan Abdul Samad (1857-1898) melantik Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang
· Tengku Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin) ialah putera diraja Kedah, menantu Sultan Abdul Samad dan wakil sultan untuk mentadbir dan memajukan Selangor (1868)
· Tengku Kudin tidak diterima pembesar-pembesar Selangor termasuk Raja Mahadi kerana beliau bukan anak negeri Selangor
· Tengku Kudin meminta bantuan British
· British mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British tetapi gagal
· British terus berusaha mencari alasan untuk menempatkan residennya di Selangor
· tahun 1873 sebuah kapal dagang British dirompak di Langat
· 1874 rumah api British di Tanjung Rachado (sekarang Tanjung Tuan, Negeri Sembilan) telah diserang
· kapal perang British iaitu H.M.S. Rinaldo membedil Kuala Selangor
· British membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang
· British mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di bawah naungannya
· tahun 1874 J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang pertama
· Penolong Residennya ialah Frank Swettenham

iii. Keadaan di Sungai Ujong
· Sungai Ujong kaya dengan bijih timah
· tahun 1872, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah Sungai Ujong
· seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong ialah Dato’ Bandar Kulop Tunggal
· kedua-duanya saling bersengketa
· sebab-sebab mereka bersengketa ialah;
i. Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang merupakan jalan perhubungan utama ke pelabuhan Melaka
ii. Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai ini sangat lumayan
· Dato’ Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin kerana Dato’ Bandar disokong kuat penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah Sungai Ujong
· Dato’ Kelana meminta bantuan British
· tahun 1874 Dato’ Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British
· syarat-syarat perjanjian ialah;
i. Dato’ Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong
ii. British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi
iii. Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai Ujong ialah P.J.Murray
Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang tindakan British mengutip cukai di Linggi
British memberi bantuan tentera kepada Dato’ Kelana untuk menewaskan Dato’ Bandar
· Dato’ Bandar dibuang negeri ke Singapura
· British menguasai daerah-daerah lain seperti Rembau, Jelebu dan Sri Menenati
· British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di setiap daerah, antaranya tahun 1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889 di Sri Menanti
· tahun 1895 semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan yang dipanggil Negeri Sembilan
· Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri Menanti) ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama
· Tahun 1895 Residen British ditempatkan di Negeri Sembilan iaitu Martin Lister
· Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri naungan British
iv. Keadaan di Pahang
· Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri Melayu yang lain
· British mahu menguasai Pahang bagi menghalang kuasa Eropah lain bertapak di Negeri-Negeri Melayu
· kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa Perancis, Rusia dan Jerman mencari tanah jajahan
· Sultan Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan Pahang dari dijajah British seperti yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
· Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker dari Johor untuk membangunkan Pahang bagi menyekat pengaruh British
· Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur Eropah untuk memajukan Pahang
· syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong emas dan bijih timah di Pahang
· contoh;
i. Pahang Corporation Ltd (Sungai Lembing)
ii. Malay Peninsular (Pahang)
iii. Prospecting Co. (Selising)
iv. Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British kerana menjejaskan kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu
Perluasan Kuasa British di Pahang
· tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld Gabenor Negeri-Negeri Selat memujuk Sultan Ahmad menerima Residen british tetapi gagal
· tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar di Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British
· Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang
· British masih tidak puas hati kerana wakil British berkuasa terhad
· tahun 1888 seoreang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad
· British menggunakan peluang ini mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British atas alasan Sultan Ahmad tidak mampu mewujudkan keamanan di Pahang
· akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P.Rodger sebagai Residen British
· penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya kedaulatan Pahang
· British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran Pahang

Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar (Teks m/s: 44)
· campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu membawa kepada pengenalan Sistem Residen
· antaranya;
i. Perak (J.W.W. Birch)
ii. Selangor ( J.G. Davidson)
iii. Negeri Sembilan (Martin Lister)
iv. Pahang (J.P. Rodger)
· ia menandakan negeri-negeri ini diletakkan sebagai negeri naungan British
· keadaan ini menggugat kuasa sultan dan pembesar
Sebab-Sebab Sistem Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar
· Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri
· Residen memaksa sultan menerima nasihat dalam semua perkara pentadbiran (kecuali hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu)
· nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan
· Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai (oleh pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil)
· Residen menghapuskan amalan perhambaan yang melampaui bidang kuasa mereka (perhambaan – amalan adapt turun-temurun pembesar Melayu)

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Teks m/s: 45-46
Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
· Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
· Residen menjadi terlalu berkuasa
· Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
· Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
(ii) Krisis Kewangan Pahang
· perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
· jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
· menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(iv) Sistem Perhubungan
· sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan
(v) Faktor Keselamatan
· mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan
Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:
· Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895
· NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896
· pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur
· pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
· diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:
· Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB
· Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral
· Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu
· Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British
· Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)
Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor NNS di Singapura)



Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur- tinggal di Carcosa tahun 1898)



Residen
Perak Selangor N9 Pahang

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan
(Teks m/s: 47-48)
Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896
· Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
· kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
· penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
· sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
· kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral
Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan
· sultan-sultan NNMB tidak puas hati
· tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
· ahli-ahli Durbar ialah;
i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii. Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
· Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
· Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur
Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur
· Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;
i. Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
ii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
iii. Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi
iv. Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi
· kesan-kesan desakan;
i. British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
iii. British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri
iv. Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham







Thursday, February 25, 2010

Soalan Latihan-Sej T3-Bab 4

BAB 4 : KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

1 Apakah syarat yang dikenakan oleh British jika Tanah Melayu ingin mencapai
kemerdekaan?
A Perpaduan kaum
B Kerjasama ekonomi
C Kemajuan ekonomi negara
D Pengekalan pelaburan asing

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
2 Apakah syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa di atas untuk mewujudkan
perpaduan di Tanah Melayu?
I Pilihan raya diperkenalkan
II Orang bukan Melayu diberikan kerakyatan
III Memajukan kedudukan ekonomi pelbagai kaum
IV Orang Melayu diberikan peluang dalam perdagangan
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV


Konferensi Nasional
Konvensi Nasional

3. Apakah tujuan utama kedua-dua aktiviti di atas dijalankan?
I Agihan aspek ekonomi
II Menentu kawasan petempatan
III Merealisasikan perpaduan kaum
IV Membincangkan kepentingan pilihan raya
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Sekolah-sekolah Inggeris hanya ditubuhkan di bandar-bandar utama pada zaman penjajah British
4 Apakah objektif ditubuhkan sekolah-sekolah Inggeris di atas?
A Memberi latihan kepada bakal guru
B Meneruskan tradisi pendidikan British di Tanah Melayu
C Menyediakan peluang pendidikan untuk rakyat tempatan
D Mendapatkan kerani dan pegawai rendah dari kalangan penduduk
tempatan

Penyata Barnes
Penyata Fenn-Wu
5 Banyak syor-syor yang terkandung dalam penyata-penyata di atas telah
diterima oleh kerajaan. Apakah hasil daripada syor-syor tersebut?
A Wujudnya sekolah menengah kebangsaan
B Wujudnya sistem persekolahan kebangsaan
C Pelaksanaan Ordinan Pelajaran pada tahun 1952
D Sukatan pelajaran yang seragam untuk semua sekolah

6 Laporan Razak 1956 telah menerima Penyata Barnes tetapi terdapat sedikit
perubahan demi menjaga keharmonian politik. Apakah perubahan tersebut?
A Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
B Membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernakular selama sepuluh
tahun selepas merdeka
C Membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernakular
D Membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernakular di semua
Sekolah

Henry Gurney telah memperkenalkan Sistem Ahli pada April 1951

7 Berdasarkan pernyataan di atas, kesan pelaksanaan sIstem tersebut ialah
I Perpaduan antara kaum dapat diwujudkan
II Pemimpin tempatan dipilih melalui pilihan raya
III Penglibatan semua kaum dalam bidang ekonomi
IV Pemimpin tempatan mendapat latihan pentadbiran
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

8 Antara ciri Sistem Ahli ialah sistem Kabinet Bayangan. Maksud sistem
Kabinet Bayangan ialah
A Sistem yang dianggotai oleh Sultan dan Raja-raja Melayu
B Suatu sistem yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen British
C Sistem pentadbiran yang terdiri daripada pembesar-pembesar Melayu
D Sistem pentadbiran yang berbentuk kabinet yang dibuat tanpa pilihan
raya

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum mencadangkan agar

memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran
9 Mengapakah cadangan di atas dikemukakan?
I Memberi peluang mentadbir
I Mewujudkan perasaan taat setia
III Membendung pengaruh komunis
IV Meningkatkan bilangan tenaga kerja
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

British menyokong usaha pemimpin Persekutuan Tanah Melayu

yang ingin memperjuangkan perpaduan dan kemerdekaan
10 Mengapakah pihak British bertindak sedemikian?
I Untuk mengatasi krisis ekonomi
II Melaksanakan amalan demokrasi
III Ingin menghapuskan ancaman komunis
IV Mengekalkan kepentingan ekonomi British
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Penubuhan Parti Perikatan 1955
11 Bagaimanakah penubuhan parti di atas dapat mewujudkan kestabilan
politik?
I Memenangi pilihan raya
II Memodenkan pentadbiran
III Melahirkan perpaduan kaum
IV Melemahkan pengaruh komunis
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

12 Mengapa Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai Pengerusi UMNO pada
tahun 1951?
A Beliau tidak berminat dalam politik
B Beliau ingin menubuhkan parti baru
C Beliau tidak mendapat sokongan padu daripada semua kaum
D Beliau gagal mendapat sokongan untuk membuka keahlian UMNO
kepada semua kaum

Pada tahun 1951, kerajaan British memperkenalkan proses pilihan raya di Tanah Melayu
13 Tujuan pilihan raya tersebut diadakan ialah
A Memilih ahli Majlis Perbandaran
B Memilih Ketua Menteri Tanah Melayu
C Memilih anggota dalam perlaksanaan Sistem Ahli
D Menentukan kerajaan yang akan memerintah selepas British

Perikatan UMNO-MCA memenangi 226 kerusi

daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan
14 Apakah faktor kemenangan di atas?
A Bantuan daripada British
B Kerjasama antara kaum
C Sumber kewangan yang kukuh
D Manifesto untuk mencapai kemerdekaan

Pilihan raya Persekutuan 1955
Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi
15 Faktor kemenangan Parti Perikatan di atas ialah
I Kebijaksanaan pemimpin
II Sikap tolak ansur parti-parti yang bertanding
III Kesanggupan setiap kaum berkongsi kuasa
IV Mendapat bantuan dan pertolongan daripada British
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Wednesday, February 24, 2010

BM T.1-Formula Menjawab K2

Formula Menulis Ringkasan

Kunci soalan isi 1
_____________________________________antaranya ialah___________________________
______________. Seterusnya, ____________isi 2____________________________________.
Selain itu, ________________________isi 3_________________________________________.
Di samping itu, ____________________isi 4_________________________________________.
Akhirnya, ________________________isi 5__________________________________________.

Formula Menulis Jawapan Soalan Pemahaman


1. Maksud rangkai kata ______saolan_____________ ialah _________jawapan____________.


2. __________soalan_______________ kerana/ialah _________________isi 1_______________,

________isi 2 _______________, ________isi 3_________________ dan _______________

Isi 4 ____________________.


3. Pada pendapat saya ____saoalan ____________ kerana/ialah/antaranya __________________

Isi 1___________, ________isi 2_____________, ______________isi 3 _________________,

_______isi 4 _______________.


Formula Menjawab Soalan Novel

Novel yang saya kaji ialah ____nama novel__________.Novel ini hasil karya _____nama pengarang________.________berdasarkan saoalan_________________. _______pertama_____________________________________.Contoh/bukti________________________________________.
___________kedua____________________________________.Contoh/bukti___________________________.
____________ketiga ___________________________________.Contoh/bukti____________
______________________________________.

Latihan Sej T.3 - Bab3

BAB 3 ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

PENGENALAN
- Dalam bab ini murid akan mempelajari bagaimana pihak ………………….. cuba menggulingkan system pemerintahan sedia ada untuk digantikan dengan ………………………………………..
- Kerajaan memerlukan …………………………….. menghapuskan pengganas Komunis.
- …………………………… yang terjalin di antara rakyat dan kerajaan merupakan senjata yang paling berkesan untuk menghadapi …………………………………………….

3.1 PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS
- Komunisme diasaskan oleh ………………….. pada pertengahan ke- ………...
- Komunisme merupakan suatu fahaman menentang golongan ……………………. dan ……………………….. secara kekerasan untuk menggantikannya.
- Komunisme memperjuangkan …………………………………., memiliknegarakan tanah dan ………………………..
- Fahaman Komunis dianuti oleh beberapa negara seperti ……………………… dan …………………….
- Pada bulan ………………., ……………………………………………… Comintern atau pertubuhan Komunis Antarabangsa mengarahkan parti-parti Komunis di ………………. Supaya menyebarkan ideologi Komunis ke seluruh dunia.

CARA PENYUSUPAN
- Di Tanah Melayu. Fahaman komunis disebarkan melalui ………………….. (KMT) dan …………………………………………………
- Ejen Komunis telah menyebarkan dakyah Komunis dikalangan orang Cina melalui ………………………………, ……………………………….., ………………………………., dan penerbitan.
- Orang Melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana bertentangan dengan ………………………..dan ………………………………………….

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA
- Menjelang tahun ………….., kegiatan ………… menjadi semakin agresif.
- Mogok yang paling hebat berlaku di dilombong ……………………. di ……………………….., Selangor.
- Seramai …………. Orang buruh telah telah melancarkan mogok dan mengambil alih lombong tersebut.
- Anggota PKM telah dilatih dalam …………………………………. di sekolah ………………………………………….
- PKM telah membentuk ………………………………...................................
( MPAJA )
· Pihak British membekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui …………………………………
· Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar sebanyak …………………….. serta menerima ………………………………………… daripada pihak British

KEGANASAN KOMUNIS
· Hasil persidangan tersebut PKM telah menubuhkan unit ………………. Yang dikenali sebagai ………………………………………………….( MRLA )
· Mereka terus menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang ……………………., membakar …………………, …………………………….., …………………………………….. dan membunuh orang yang bersubahat dengan ……………………

3.2 LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS & PENGISYTIHARAN DARURAT
- Pengganas Komunis telah membunuh ……..... tiga orang ………………….. ladang berbangsa ……………… di ………………………………………………..
- Pada bulan ……………………….., Pesuruhjaya Tinggi British , ……………………………. telah mengisytiharkan ……………………. di seluruh Tanah Melayu.
- Berikutan pengisytiharan ini , kerajaan menguatkuasakan ……………………………………………………….

PENGHARAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN PARTI BERHALUAN KIRI
- Seterusnya kerajaan telah mengharamkan ………………………………. pada ………………….
British juga mengambil kesempatan mengharamkan parti-parti politik berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti ………………………………..., ............................................., ....................................................
MEMPERBESAR PASUKAN KESELAMATAN
· Pihak British juga membawa masuk askar dari Negara-negara Komanwel terutamanya …………………, ………………………., ………………………. dan Fiji bagi menghapuskan ancaman komunis di ……………………………
· Selain itu, kerajaan juga menubuhkan pasukan ……………………. Di peringkat kampung untuk membantu pasukan polis dan tentera menjaga keselamatan.
· Seramai …………….. orang mata-mata khas Melayu ( ……………………… ) telah dilatih dan dihantar mengawal …………….. dan ………………………… yang terpencil.

RANCANGAN BRIGGS
- ………………………….dilancarkan oleh ………………………………………. Pada tahun 1950.
- Leftenan Jeneral Sir ………………………………………. dilantik menjadi ……………………………………..
- Kawasan penempatan semula ini digelar ……………………………………..
- Rancangan Briggs bertujuan menyekat …………………………., wang, ……………………………………………. kepada pihak Komunis.
- Tindakann ini sangat berkesan untuk melumpuhkan gerakan ……………………
- Kampung baru juga dipagari dengan ………………………….. dan dikawal oleh ……………………………………………………
- Di kampung baru, setiap ketua keluarga diberi ………………………………….. bagi memastikan setiap anggota keluarga mereka memperoleh makanan secukupnya.
- Di bawah Rancangan Briggs, kerajaan juga melaksanakan program ………………………………
- Briggs juga menyokong penubuhan ……………………………………………… ( MCA )
- Kerajaan juga telah memperkenalkan ………………………………………. Bagi mengawal pergerakan penduduk.

PERANG SARAF
- ………………………………. Ialah rancangan yang dilaksanakan oleh pentadbiran British untuk menghapuskan pengganas komunis melalui kempen ……………………………………………..
- Pada tahun …………, ………………………………..telah dilantik menjadi ……………………………………………………. di Tanah Melayu dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam satu serangan hendap ketika dalam perjalanan ke ………………………….
- Kempen ……………………………………………………………….. telah dilaksanakan dengan jayanya
- Templer memperkenalkan konsep ………………………… dan kawasan ……………………
- Kawasan hitam ialah kawasan yang terdapat kegiatan pengganas komunis yang aktif dan dikenakan ………………………………..
- Sehingga tahun 1954, Templer telah mengiytiharkan kawasan ……………………., Terengganu, …………………, ……………………. dan …………………….. sebagai kawasan putih.
- Templer melonggarkan syarat …………………….. pada tahun ………….. sehingga membolehkan seramai …………. juta orang Cina dan ………… ribu orang India menjadi ……………………… Tanah Melayu.
- Sesiapa yang berjaya menangkap ……………………… sama ada hidup atau mati akan diberikan hadiah sebanyak ……………………., manakala tawaran bagi menangkap atau membunuh orang kanannya sebanyak …………………

PENGAMPUNAN BERAMAI-RAMAI
- Sebanyak ……… juta ………………. dan 12 juta pas …………………… telah diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu, dan Tamil.
- Setiap hari …………….. menyiarkan …………………………….. pengampunan itu.

PERTEMUAN BALING
- Chin Peng telah menulis surat kepada ………………………… untuk mengadakan ……………………..
- Pada …………. Disember ……………, satu pertemuan telah diadakan …………………………., Kedah.
- Dalam pertemuan tersebut, Tunku Abdul Rahman meminta supaya ………………….. membubarkan PKM, …………………………………… dan …………………………………
- Tanah Melayu mencapai kemerdekaan semasa undang-undang ……………… belum ditamatkan.
- Rentetan itu, kerajaan mengisytiharkan darurat tamat pada ………………………

KESAN DARURAT
POLITIK
- Akibat kekejaman dan keganasan komunis, kerajaan menguatkuasakan ………………………………………… pada tahun ……………..
- Darurat menjadi faktor penting yang mendorong ……………………………… mempercepat langkah memberikan taraf ……………………………. Kepada penduduk tempatan.
- Usaha ini juga berjaya mengikis pandangan ……………….. penduduk tempatan terhadap …………………….. yang menganggap semua orang Cina adalah …………………….. Komunis.

EKONOMI
- Kerajaan membelanjakan sebanyak …………….. hingga $300 000 sehari semasa darurat.
- Kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan keselamatan, menambah bilangan ………………….dan ………………. ….. untuk melindungi dan menjamin keselamatan ……………….

SOSIAL
- Peperangan menentang pengganas ……………………… selama …….. tahun telah membawa ………………… kepada kehidupan penduduk ………………….
- Catuan …………………….. oleh kerajaan menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada makanan seperti …….. dan …………………. Sama seperti semasa pendudukan Jepun.
- Oleh itu, usaha ke arah kerjasama antara kaum telah diadakan dengan penubuhan ………………………………………………………………… (CLC ) atau jawatankuasa Hubungan antara Kaum pada tahun …………..

RUMUSAN
- Pada permulaan darurat, kerajaan berusaha bertungkus lumus menangani ancaman ……………….secara kekerasan tanpa melibatkan ……………………
- Setelah Perang saraf dilancarkan, barulah kerajaan menyedari betapa pentingnya ………………. dan …………………. Rakyat untuk menentang pengganas Komunis.
- Kerjasama antara kerajaan dengan rakyat menentang komunis diumpamakan seperti peribahasa …………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
· Rakyat Malaysia pada hari ini harus ……………….. kerana dapat menikmati ………………yang aman dan damai hasil …………………………… generasi masa lalu.

Nota-Sej T.3-Bab1


SEJARAH
TINGKATAN TIGA

BAB 1:PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
1.1 PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU
• Memerintah selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945)
• Pemerintahan bercorak tentera
KEDATANGAN JEPUN
• Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
• Melancarkan Pemulihan Meiji
• Menekankan pemodenan Jepun dan perindustrian
• Mencontohi negara Barat
• Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri
• Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905
• Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun
Faktor Perluasan Kuasa Jepun
i. Faktor Masalah Ekonomi Jepun
• Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang
• Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
• Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri
ii. Faktor Sekatan Ekonomi
• Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
• China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
• Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
• Serangan diketuai Jeneral Tojo
• Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
• Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
• Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara
Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu
i. Melalui Propaganda
• Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”
• Slogan berunsur anti-penjajah Barat
• Banyak menonjolkan imej Jepun
sebagai pembela negara-negara di Timur
• Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia
ii.Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
• Strategi yang sangat berkesan
• Penduduk tempatan tidak menganggap
Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British
Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
i. Melalui Kawasan Utara di Thailand
• Tentera Jepun mendarat serentak di
Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941
• Tentera terus mara ke Jitra, Kedah
• Tentera berpecah dua
• Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran
pantai barat
• Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di
negeri-negeri pantai barat
ii. Melalui Kawasan Kota Bharu
• Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
• Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur
iii. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
• Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
• Berpecah kepada dua pasukan
• Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
• Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
• Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di
bandar-bandar besar
• Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah
Cara Kemaraan Tentera Jepun
i. Menggunakan kapal terbang perang
• Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
• Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun
ii.Menggunakan kereta kebal penggempur
• Berjaya memaksa tentera British berundur
• Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan
iii. Menggunakan bot
• Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang
sukar berlabuh di pantai
iv. Menggunakan basikal
• Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
• Basikal mudah untuk melalui jalan sempit
Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu
i. Jepun menguasai Tanah Melayu
• Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
• Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
• Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral
Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura
• Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan
ii. Banyak berlaku kemusnahan
• Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
• British gunakan taktik “bumi hangus”
• British memusnahkan jambatan, jalan
kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan
• Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan
melumpuhkan ekonomi
• Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan
Bangunan Muzium Selangor
• Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan
dokumen-dokumen kerajaan
iii. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu
• Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan
mentah negara
iv. Kelemahan tentera British di Tanah Melayu
• Tentera British yang terdiri daripada
askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat
kemaraan tentera Jepun
• Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu
dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura
• British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada
serangan tentera Paksi di Eropah
• Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian
mempertahankan Tanah Melayu
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu
i. Perancangan awal perang
• Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan
kerjasama penduduk Tanah Melayu
• Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan
maklumat untuk memudahkan serangan
ii. Kelengkapan perang tentera Jepun
• Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero
Fighter”
• Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi
Tanah Melayu
iii. Semangat tentera Jepun
• Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
• Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
• Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-
Jepun
iv. Taktik serangan Jepun
• Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama
tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik
pada 7 Disember 1941
• Jepun memulakan serangan dari utara Tanah Melayu kerana pertahanan
utama British tertumpu di Singapura
v. Kelemahan tentera British
• Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana
lebih menumpukan peperangan di Eropah
• Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
• Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap
menjadi anti-British
• Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura
vi. Pakatan Jepun-Thailand
• Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya
dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
• Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand
vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
• KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu.
• KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu.
• KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
a. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
• pemerintahan bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
• Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)
• Singapura dikenalisebagai Syonan (Cahaya Selatan)
• Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu
• Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat
dan pentadbiran wilayah
i. Pentadbiran Pusat
• Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat
• Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura
• Dibantu oleh Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat
• Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara
• Diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching
ii. Pentadbiran Wilayah
• Di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri
• Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah
• Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand
sebagai menghargai kerjasama
• Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri)
• Sabah kepada dua wilayah (Jesselton & Sandakan)
• Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah
• Diperingkat daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British
• Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan
b. Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
• Jepun perkenalkan pelbagai dasar
• Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan
• Kebajikan penduduk tidak dijaga
• Penduduk tiada hak bersuara
• Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu
• Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi
kebaikan kepada penduduk
• Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British
• Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial
i. Politik
• Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri
• Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja
• Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British
• Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun
• Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah
ii. Ekonomi
• Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan
• Mata wang Jepun diperkenalkan
• Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan
• Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan
keperluan harian
• Layanan istimewa diberikan kepada kaisha (syarikat Jepun)
iii. Sosial
• Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China
• Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun
• Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah
• Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah
• Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia
• Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun
• Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan
• Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
• Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam
Perang China_Jepun
• Orang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi
mengusir British di India
Contoh Dasar Penjepunan
• Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan
• Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan Shokai
• Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar
• Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan
Jepun Kimigayo
REAKSI PENDUDUK
• Pelbagai reaksi penduduk tempatan seperti orang Melayu, India & Cina
i. Reaksi Orang Melayu
Reaksi Peringkat Awal
• Sebahagian besar tidak menentang
• Mereka mengalu-alukan kedatangan Jepun
• Terpengaruh dengan slogan Jepun
“Asia Untuk Orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia
Timur Raya”
• Orang Melayu diberi layanan baik oleh tentera Jepun
• KMM pimpinan Ibrahim Haji Yaacob mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
• Tujuan supaya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan
Reaksi Selepas Jepun Menguasai Tanah Melayu
• Sokongan orang Melayu tidak kekal lama
• Jepun memerintah secara tentera
• Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat
• Slogan Jepun hanya muslihat untuk menguasai Tanah Melayu
• Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti dijanjikan
• Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
• Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand sebagai balasan
kerjasama
• Di peringkat awal Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu
• KMM dibubarkan oleh Jepun
• Tentera Jepun mula kejam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap pesalah
ii. Reaksi Orang Cina
• Banyak dipengaruhi Perang China- Jepun 1937
• Terlibat dengan gerakan anti-Jepun
• Mereka memulaukan barangan Jepun & memungut derma untuk membantu
Negara China
• Pemuda Cina ramai yang balik ke China menyertai perang menentang Jepun
• Kesannya – apabila Jepun menguasai Tanah Melayu orang Cina dilayan kasar
& dibunuh tentera Jepun
• Ada juga orang Cina menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan
perniagaan & keselamatan nyawa mereka
iii. Reaksi Orang India
• Mendapat layanan baik daripada Jepun
• Tujuan Jepun untuk mendapat kerjasama orang India mengusir British
di India
• Orang India diseru bersatu padu untuk tujuan tersebut
• Jepun berjaya mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya
berpaling tadah & bekerjasama dengan Jepun
• Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India & menubuhkan Liga Kemerdekaan India
hasil dorongan Jepun
Reaksi Penduduk Terhadap Dasar Kejam Jepun di Tanah Melayu
• Muncul gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
• Bergerak secara gerila untuk menentang Jepun
• Mendapat kerjasama daripada tentera Bersekutu khususnya British
Gerakan Anti-Jepun di Tanah Melayu
i. Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)
• Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
• Bekerjasama dengan British untuk mendapat bantuan kewangan, latihan
ketenteraan & senjata
• Menggunakan taktik perang gerila
ii. Force 136
• Ditubuhkan tentera Bersekutu di Pahang, Johor & Kedah untuk
menentang Jepun di Tanah Melayu
• Anggotanya mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka
• Mereka terdiri daripada pegawaipegawai tadbir Melayu
iii. Askar Melayu Setia (AMS)
• Melancarkan perang gerila
• Bekerjasama & mendapat bantuan daripada Force 136
iv. Pasukan Wataniah Pahang
• Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar) sebagai Pemerintah Kehormat
• Diketuai oleh Yeop Mahidin
• Berhubungan baik dengan pasukan Force 136
v. Gerila Kinabalu
• Pimpinan Albert Kwok
• Melancarkan pemberontakan DoubleTenth tetapi gagal
vi. Pasukan Gerila Datu Mustapha
• Menjalankan penentangan di Kudat
vii. Pasukan Gerila di Sandakan
• Menjalankan penentangan di Sandakan
viii. Penentangan di Pesisir Pantai Sarawak
• Menjalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun
Jepun di Ambang Kekalahan
• Tahun 1945 tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah diri
• Jepun enggan
• Pada 9 Ogos 1945 tentera Bersekutu menggugurkan bom atom di di
Hiroshima & Nagasaki
• 15 Ogos 1945 Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat
• Jeneral Seishiro Itagaki iaitu ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri kepada tentera
Bersekutu di Majlis PerbandaranSingapura
• Tentera Bersekutu diwakili Laksamana Louis Mountbatten
• Pada 10 September 1945 pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37 di wilayah Borneo Masao Baba menyerah
kalah di Surender Point, Labuan
1.2 KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU
KESAN POLITIK
i. Berjaya Mempengaruhi Penduduk Tempatan
• Kejayaan Jepun dalam Perang Dunia II menewaskan kuasa barat memberi
keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada
penjajah
• Menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu,
Sabah & Sarawak
• Slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk menolak
penjajah Barat
ii. Orang Melayu Terlibat Dalam Pentadbiran Awam
• Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) di Singapura, Pulau Pinang & Melaka
• Tujuan melatih pegawai awam
• Jepun melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran
• Contoh;
a. Orang tempatan diberi peluang menjadi Pegawai Daerah iaitu Abang Haji Openg (Kuching) & Kapten Mohd
Salleh Haji Sulaiman (Hulu Perak)
b. Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel PETA (Pembela Tanah Air) iaitu pertubuhan separa
tentera & diberi latihan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu
c. Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan & Adat
Istiadat Melayu
d. Dato’ Onn Jaafar dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor & juga
ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
• Peluang menjawat jawatan tinggi tidak pernah diberi semasa pentadbiran British
iii. Jepun Tidak Menepati Janji
• Dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan
• Di Tanah Melayu kegiatan politik diawasi Jepun
• Kebebasan bersuara disekat
• Akhbar-akhbar yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun
• Hanya pertubuhan pro-Jepun sahaja dibenarkan aktif
• KMM yang banyak membantu Jepun juga diharamkan pada tahun 1942
• Pertubuhan politik dibenarkan bergiat semula apabila Jepun menerima tekanan tentera Bersekutu
• Segala dasar Jepun mula longgar
• Contoh;
a. Tanah Melayu dijanjikan akan merdeka bersama Indonesia
b. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan
bertujuan mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia
• Kesan – konsep Melayu Raya yang diperjuangkan KMM semakin kukuh
iv. Kebangkitan Semangat Kebangsaan
• Semangat kebangsaan semakin bersemarak
• Semangat kebangsaan rakyat berbeza mengikut kaum & berpaksi kepada Negara asal
• Contoh;
a. semangat kemerdekaan orang India untuk memerdekakan Negara India
b. semangat kebangsaan orang Cina lebih bersifat anti-Jepun
• Kesan;
a Parti Komunis Malaya (PKM) semakin berpengaruh apabila mendapat
bantuan daripada pasukan Force 136
b. PKM menubuhkan MPAJA dikenali dengan nama “Bintang Tiga”melambangkan tiga kaum utama tetapi
sebahagian besar anggotanya kaum Cina
KESAN EKONOMI
i. Rancangan Ekonomi Jepun gagal
• Rancangan mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur
Raya” gagal kerana Jepun lebih tumpukan kepada peperangan
• Kesan;
a. Ekonomi Tanah Melayu merosot
b. Gaji pegawai kerajaan dikurangkan
c. Kadar pengangguran meningkat
• Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi kuasa Bersekutu
• Kesan;
a. Hasil bijih timah & getah tidak dapat dieksport ke Barat
b. Beras tidak dapat diimport dari Thailand & Burma
c. Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam Bersekutu menyebabkan bahan
mentah tidak dapat dihantar ke Jepun
ii. Ekonomi Hanya Menguntungkan Jepun
• Dasar ekonomi Jepun tidak menguntungkan penduduk
• Amalan rasuah, menyorok barang & pasaran gelap berlaku di merata
tempat
• Mata wang Jepun dikenali sebagai “wang pokok pisang” dicetak tanpa
kawalan & nilainya rendah
• Kesan – berlaku inflasi kerana terlalu banyak wang tetapi barang kurang
iii. Penduduk Sengsara & Menderita
• Bekalan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian & ubat sukardiperoleh
• Jika adapun harganya melambung tinggi
iv. Catuan Bekalan Makanan
• Bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan
• Kad catuan diberikan bagi memastikan tiada keluarga mendapat bekalan lebih
daripada yang ditetapkan
• Contoh – setiap keluarga dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan
• Kesan;
a. Kadar ini tidak mencukupi bagi sebuah keluarga besar
b. Ubi kayu & keledek menjadi makanan utama menggantikan nasi
c. Ramai penduduk Bandar berpindah ke luar Bandar untuk mencari kehidupan
lebih baik
vi. Banyak Ciptaan Baru Muncul
• Keperitan hidup menjadikan penduduk tempatan lebih kreatif
• Banyak ciptaan baru muncul berasaskan bahan tempatan
• Contoh;
a. Kasut getah daripada getah keping dihasilkan
b. Kain daripada benang nanas dihasilkan
vii. Perkembangan Perusahaan Tradisional & Industri Baru
• Perusahaan tradisional digiatkan semula seperti menghasilkan minyak
kelapa, gula kelapa & rokok daun
• Ubat-ubatan menjadi semakin penting
• Muncul banyak industri baru berasaskan sumber tempatan yang
diusahakan syarikat Jepun
• Contoh;
a. Lori & kereta berkuasa wap menggunakan arang batu
b. Bahan api daripada susu getah
c. Tayar tanpa tiup daripada getah padat
d. Tali kapal daripada sabut kelapa
e. Kelambu & kain daripada benang daun nanas
f. Kertas daripada buluh, daun getah & lalang
g. Peralatan berasaskan kulit haiwan & logam
• Industri yang tidak ekonomik & kekurangan bahan mentah semakin pupus
KESAN SOSIAL
i. Penduduk Sengsara & Takut
• Penduduk dikenakan perintah berkurung & sekatan perjalanan
• Penduduk saling mencurigai satu sama lain kerana bimbang dianggap anti- Jepun
• Ramai menjadi tali barut Jepun
• Ramai menjadi mangsa kekejaman Jepun
• Kempeitai sentiasa mengintip sesiapa sahaja yang dianggap bersalah
• Prinsip kempeitai adalah “seksa dulu kemudian siasat”
• Hukuman dera & hukuman mati dikenakan di khalayak ramai
ii. Penduduk Menjadi Buruh Paksa
• Sebagai buruh paksa penduduk tidak diberi gaji
• Mereka hanya diberi makanan sekadar untuk hidup
• Ramai penduduk Tanah Melayu menjadi buruh paksa membina “Jalan
Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma sepanjang 724 km
• Seramai 70 ribu penduduk terlibat & satu pertiga daripadanya terkorban
• Surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh tentera Jepun kepada sesiapa yang
tidak hadir bekerja
iii. Tiada Kemudahan Kesihatan
• Kemudahan kesihatan terjejas teruk kerana peperangan
• Wabak penyakit merebak terutama penyakit beri-beri disebabkan
kekurangan zat makanan
• Bekalan ubat sukar diperoleh kerana tidak dapat diimport
• Keadaan semakin teruk apabila tentera Jepun merampas ubat-ubatan di
pasaran untuk kegunaan mereka sendiri
---------------------------------------------------
--

Latihan-Sej T.3-Bab 2

Bab2- Malayan Union

· prinsip jus soli dihapuskan
· kedaulatan sultan melayu dikekalkan
1. Maklumat di atas berkaitan dengan perubahan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku ?

A. Mendapat tekanan kuasa besar
B. Mendapat desakan daripada negara jiran
C. Mendapat kritikan daripada pagawai British
D. Mendapat bantahan daripada orang melayu

Akhbar Warta Negara
14 November 1945
Menyeru orang Melayu bersatu dan mengadakan kongres untuk menentang Malayan Union.
2. Jadual di atas merujuk seruan akhbar Warta Negara yang diterbitkan pada
14 November 1945.
Apakah kesan daripada seruan akhbar tersebut ?

A. Penganjuran Kongres Melayu Se-Malaya
B. Kesatuan Melayu di seluruh negara bergabung
C British menghentikan penerbitan akhbar Warta Malaya
D. Pertambahan parti politik yang ditubuhkan oleh orang Melayu

3. Mengapakah orang Melayu menentang gagasan Malayan Union yang
dicadangkan oleh British ?
I. Kedudukan Sultan Melayu tergugat
II. Hak keistimewaan orang Melayu tidak terjamin
III. Pentadbiran Tanah Melayu dan Singapura disatukan
IV. British enggan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Pentadbiran Tentera British ( BMA ) dipertanggungjawab untuk

memulih dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap british.
4. Pernyataan di atas merujuk kepada faktor Pentadbiran Tentera British (BMA)
diperkenalkan.
Apakah halangan UTAMA yang dihadapi oleh BMA untuk mewujudkan
keamanan di Tanah Melayu ?

A. Pergaduhan antara kaum
B. Penduduk tidak mengiktiraf pertubuhan tersebut
C. Ramai penduduk tertumpu di kawasan luar bandar
D. Kekurangan sumber kewangan untuk membaiki kerosakan

5. Perlaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu mendapat tentangan daripada
penduduk tempatan kerana ?
I. Kedudukan sultan-sultan Melayu terjejas
II. British memperkenalkan undang-undang Barat
III Hak keistimewaan orang Melayu tidak terjamin
IV. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

6. Mengapa Malaysian Demokratic Union (MDU) mengkritik Jawatankuasa Kerja
yang dibentuk oleh British?
A. British enggan memerdekakan Tanah Melayu
B. Lebih memihak kepada orang Melayu dalam segala aspek
C. Orang bukan Melayu tidak diwakili dalam jawatankuasa itu
D. Keputusan dibuat oleh British tanpa berunding dengan penduduk tempatan.

7. Sultan-Sultan di Negeri-Negeri Melayu masih mempunyai peranan dalam
gagasan Malayan Union.
Antara peranan tersebut ialah…..
I menjadi ketua kerajaan
II pengerusi Majlis Penasihat
III penasihat dalam Majlis Mesyuarat Undangan
IV berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

PersekutuanTanah Melayu.
Diisytiharkan pada Februari 1948
Diterima oleh Raja-Raja Melayu dan Umno
8. Rajah di atas menerangkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri persekutuan tersebut?
I. Syarat kewarganegaraan diperketatkan
II. Singapura kekal sebagai Tanah Jajahan British
III. Kuasa Sultan dan hak keistimewaan orang Melayu dikekalkan
IV. Pemerintah tertinggi dalam kerajaan Persekutuan ialah Ketua Menteri.
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

9. Penentangan terhadap perlaksanaan Malayan Union turut dibuat oleh
pemimpin British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.
Mengapakah mereka tidak bersetuju dengan gagasan tersebut?
I. Malayan Union tidak Demokratik
II. Malayan Union dijalankan secara terburu-buru
III. Bimbang akan keselamatan rakyat British di Tanah Melayu
IV. Perlaksanaan Malayan Union boleh mencetuskan peperangan.
A I,IIdan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

Frank Swetteham
George Maxwell
Richard Winstedt
10. Tokoh-tokoh di atas terlibat dalam penubuhan Malayan Union.
Apakah peranan tokoh-tokoh di atas terhadap penubuhan Malayan Union?
A Membantah penubuhan Malayan Union
B Memaksa sultan menandatangani perjanjian Malayan Union
C Mendesak British menyatukan Singapura di bawah Malayan Union
D Meninjau pendapat orang Melayu tentang penubuhan Malayan Union

"Orang melayu melilit kain putih disongkok tanda berkabung

raja dan pembesar melayu memulaukan perasmian malayan union"
11. Maklumat di atas menggambarkan reaksi orang Melayu,Raja dan Pembesar
Melayu terhadap penubuhan Malayan Union
Apakah tindakan British setelah perisytiharan Malayan Union tidak mendapat
sambutan daripada Sultan-sultan dan orang Melayu.
A. Berundur dari Tanah Melayu
B. Tidak menghiraukan perasaan dan bantahan orang Melayu
C. Menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu
D. Menggubal semula perlembagaan yang terkandung dalam Malayan Union

Pentadbiran Tentera British (BMA) dibubarkan pada bulan
Mac 1946 dan digantikan dengan Malayan Union.
12. Pernyataan di atas merujuk penubuhan Malayan Union yang telah
Mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota.
Apakah ciri-ciri penubuhan Malayan Union?
I Syarat kewarganegaraan yang longgar
II Sultan berkuasa di negeri masing-masin

III Singapura kekal sebagai Tanah Jajahan British
IV Majlis Penasihat mempunyai kuasa penuh dalam membuat undang-
undang.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

13. UMNO menggunakan seruan “HIDUP MELAYU” dari 1946 hingga 1951.
Mengapakah UMNO menggunakan seruan tersebut.?
A. untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu
B. untuk menghidupkan semula institusi kesultanan
C. untuk membangkitkan semangat perjuangan orang Melayu
D. untuk mendapat sokongan orang Melayu menentang penjajah

14. Sir Harold Mac Micheal telah di lantik oleh pihak British untuk memujuk
Sultan menandatangani persetujuan perlaksanaan Malayan Union
Bagaimanakah caranya beliau mendapatkan tandatangan tersebut ?
A. beliau berjanji akan menaikkan elaun sultan
B. beliau berjanji mengekalkan hak utama sultan
C. beliau berjanji mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu
D. beliau membuat ugutan serta tidak memberi masa kepada sultan untuk mendapat nasihat.








Soalan Latihan- Sej t.3- Bab 1

BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

1. Apakah faktor yang menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa
besar pada tahun 1905?
A. Jepun menduduki Korea
B. Jepun menakluki Indochina
C. Jepun menduduki Manchuria
D. Jepun memenangi perang Rusia-Jepun

1941 – Jepun menyerang Asia Tenggara
2. Berdasarkan maklumat di atas, apakah faktor utama yang mendorong Jepun
meluaskan kuasanya ke negara Asia Tenggara?
A. Mendapatkan bekalan bahan mentah
B. Menempatkan penduduknya di Asia Tenggara
C. menghalau kuasa penjajahan dari Asia Tenggara
D. Jepun mahu mendirikan kilang di Asia Tenggara

3. Jepun merancang untuk mewujudkan zon ekonomi yang makmur yang
diketuai olehnya. Slogan yang digunakan oleh Jepun untuk mencapai
matlamat tersebut ialah
A. Indonesia Raya
B. Semangat Asia
C. Asia untuk orang Asia
D. Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya

Pemerintahan Jepun
15 Feb 1942 – 12 Sept 1945
4. Berdasarkan maklumat di atas pemerintahan yang dijalankan oleh Jepun di
Tanah Melayu bercorak
A. Monarki
B. Demokrasi
C. Ketenteraan
D. Autokratik

5. Jepun mula menduduki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Bandar
manakah yang mula-mula diduduki oleh tentera Jepun?
A. Jitra
B. Singgora
C. Alor Star
D. Kota Bharu

Kemaraan tentera Jepun untuk menakluki Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 melalui utara semenanjung Tanah Melayu.
6. Berdasarkan maklumat di atas apakah sebabnya Jepun memilih laluan
berkenaan?
A. Mendapat sokongan Siam
B.Jalan raya di pantai timur dan barat sangat sesuai
C. Penduduk di utara Tanah Melayu menyebelahi Jepun
D. Mengelak pertahanan British yang kuat di sebelah selatan

Taktik ‘bumi hangus’.
7 Ketika hampir tewas kepada Jepun, British menggunakan taktik diatas.Apakah
tujuan British berbuat demikian?
A. Menghapuskan dokumen pentadbiran British
B. Menghalang Jepun mengetahui rahsia British di Tanah Melayu
C. Melengahkan kemaraan tentera Jepun dan memusnahkan ekonomi
D. Menghalang Jepun dari menguasai perdagangan di Tanah Melayu

8 Antara berikut manakah kenderaan yang digunakan semasa kemaraan tentera
Jepun di Tanah Melayu?
I kapal terbang perang
II kereta kebal
III kapal selam
IV basikal

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D, II, III dan IV

15 Februari 1942 - Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu
9. Berdasarkan maklumat di atas, apakah faktor-faktor kejayaan tentera Jepun
mengalahkan British di Tanah Melayu.?
I.. Pertahanan British di selatan sangat lemah
II. Tentera British kekurangan latihan dan peralatan
III. Tentera Jepun rela mati demi maharaja Jepun
IV. Kesatuan Melayu Muda(KMM) menjadi penunjuk arah kepadaJepun
I, II dan III
I, II dan IV
I,III dan IV
II,III dan IV

1937- Perang China-Jepun
10.. Peperangan di atas menyebabkan orang Cina bersikap anti Jepun. Antara
langkah yang diambil orang Cina ialah
I . Memulau barangan Jepun
II Terlibat dalam gerakan anti Jepun
III. Orang-orang Cina menyokong British
IV. Memungut derma untuk membantu Negara China
A. I II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D, II, III dan IV

Gerakan anti Jepun adalah gerakan menentang pendudukan Jepun secara gerila
11. Berdasarkan maklumat di atas, antara berikut gerakan manakah yang tidak
terlibat dalam gerakan anti Jepun?
A. Force 136
B. Gerila Kinabalu
C. Askar Melayu Setia
D. Kesatuan Melayu Muda

Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945
12. Berdasarkan maklumat di atas, apakah faktor kekalahan Jepun
A. Tentera Jepun dikalahkan oleh Tentera British di Tanah Melayu
B. Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Jepun
C. Gerakan anti Jepun berjaya menmcapai matlamatnya
D. Rakyat Asia Tenggara bencikan tentera Jepun

13. Antara berikut akhbar manakah yang memainkan peranan menyebarkan
propaganda Jepun di Tanah Melayu
A. Majlis
B. Fajar Asia
C. Warta Malaya

Dr Burhanuddin al Helmi - Penasihat Kebudayaan dan adat istiadat
Dato’Onn Jaafar - Pegawai makanan Negeri Johor
Abang Hj Openg- Pegawai daerah
14. Berdasarkan jadual di atas, orang-orang Melayu telah diberi peluang
menjawat jawatan yang tinggi semasa pemerintahan Jepun. Apakah
kesannya kepada orang-orang Melayu?
A. Mereka mendapat pengalaman untuk mentadbir sendiri
B. Pemimpin Melayu dapat mencontohi pentadbiran Jepun
C. Pemimpin Melayu dapat mencapai kedudukan yang tinggi
D. Pemimpin Melayu dapat mengelak orang Melayu daripada ditindas Jepun


Kampeitai merupakan pasukan polis tentera jepun yang menjaga kepentingan pentadbiran Jepun .
15. Berdasarkan maklumat di atas, tugas Kampeitai ialah
A. Menyebarkan propaganda Jepun
B. Melancarkan serangan ke Tanah Melayu
C. Menjalankan dasar penjepunan di Tanah Melayu
D. Menjalankan pengintipan terhadap sesiapa yang didapati bersalah


16. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menimbulkan kesan positif
kepada penduduk di Tanah Melayu. Antaranya ialah
I. Penduduk Tanah Melayu lebih kreatif
II. Membangkitkan semangat nasionalisme
III. Penduduk Tanah Melayu yakin dan percaya kebolehan diri
IV. Penduduk Tanah Melayu berani berperang dengan British

A .I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Wang pokok pisang
17. Jepun telah mencetak mata wangnya sendiri tanpa kawalan. Apakah
kesannya?
A. Berlaku inflasi di Tanah Melayu
B. Harga barang barang semakin rendah
C. Jepun dapat memajukan ekonomi Tanah Melayu
D. Penduduk Tanah Melayu mempunyai banyak wang

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
18. Berdasarkan maklumat di atas, semasa pemerintahan Jepun di Tanah
Melayu Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan.
Apakah tujuan KRIS?
A. Memupuk perpaduan penduduk Tanah Melayu dan Indonesia
B. Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia
C. Menjalin kerjasama antara pemerintah Indonesia dan Tanah Melayu
D. Memupuk kerjasama menentang Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia