Tuesday, March 2, 2010

Karangan-Teknik Penulisan Perenggan

Kaedah Menulis Perenggan Isi Karangan
  • Setiap perenggan mesti mempunyai satu isi sahaja.
  • Setiap perenggan yang berkualiti mesti disertai dengan isi penting, huraian, dan contoh yang sesuai.
  • Terdapat 3 jenis perenggan bagi membina isi iaitu:
    a) Perenggan deduktif
    b) Perenggan induktif
    c) Perenggan gabungan deduktif dan indukti

a) Perenggan Deduktif
Perenggan jenis ini mendahulukan isi penting, huraian, dan contoh.
Ø Isi penting
Ø Huraian Isi
Ø Contoh
Contoh:
Salah satu sebab berlaku masalah ponteng dalam kalangan pelajar ialah kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.(isi penting) Hal ini demikian kerana ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehingga tidak ada masa untuk melihat pelajaran anak mereka. Kesannya, anak mereka menjadi bosan dan akhirnya terlibat dalam masalah ponteng sekolah.(huraian isi) Ibu bapa yang keluar bekerja pada awal pagi menyangka anak mereka pergi ke sekolah, tetapi terperanjat apabila diberitahu oleh guru bahawa anak mereka tidak hadir ke sekolah.(contoh)

b) Perenggan Induktif
Perenggan ini mesti mendahulukan huraian tentang isi, seterusnya diikuti dengan contoh-contoh dan isi penting pada akhir perenggan.
Ø Huraian isi
Ø Contoh
Ø Isi penting
Contoh:
Ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehinggga tidak ada masa untuk melihat pelajaran sekolah anak mereka. Kesannya, anak akan menjadi bosan dan akhirnya terlibat dalam masalah ponteng sekolah.(huraian isi) Ibu bapa yang keluar bekerja pada awal pagi tidak menyangka anak mereka tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. (contoh) Kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka inilah yang menyebabkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa.(isi penting)

c) Perenggan Gabungan Deduktif dan Induktif
Kaedah ini pula membenarkan isi penting wujud pada awal perenggan dan akhir perenggan. Huraian dan contoh-contoh wujud antara kedua-dua isi penting itu.
Ø Isi penting
Ø Huraian isi
Ø Contoh
Ø Isi penting
Atau
Ø Hurain isi
Ø Contoh
Ø Isi penting
Ø Huraian isi
Contoh:
Salah satu sebab berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kerana kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.(isi penting) Hal ini demikian kerana ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehingga tidak ada masa untuk memantau pelajaran anak mereka.(huraian isi) Ibu bapa yang keluar bekerja pada awal pagi menyangka anak mereka rajin ke sekolah tetapi amat terperanjat apabila diberitahu bahawa anak mereka tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari.(contoh) Hal ini jelas menunjukkan bahawa masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar berlaku kerana kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.(isi penting)

2 comments:

  1. Bolehkah gabungan induktif dan deduktif diguna dalam setiap perrenggan?

    ReplyDelete
  2. sya rasa boleh tapi lihat kesesuaian karangannya la

    ReplyDelete