Bentuk-bentuk Pendahuluan Karangan yang Mudah
Bentuk-bentuk pendahuluan ini sesuai digunakan dalam karangan tidak berformat. Sekiranya karangan berformat, pelajar hanya perlu menuliskan format rasmi berkenaan dan terus kepada bentuk pendahuluan yang dikehendaki.
1. Bentuk Pendapat/Pandangan Tokoh
Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar menguasai nama-nama tokoh yang relevan dengan tajuk soalan yang dikemukakan. Misalnya:
- Isu pendidikan- Menteri Pelajaran Malaysia
- Isu pendatang asing- Menter Dalam Negeri
- Isu kemalangan jalan raya – Menteri Pengangkutan/Menteri Kerja Raya
- Tokoh-tokoh lain yang bersesuaian juga boleh digunakan tetapi pastikan tokoh berkenaan mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Tentukan isu yang dibincangkan (ayat tema)
Ayat 2 – Nyatakan pandangan tokoh berkenaan tentang isu tersebut.
Ayat 3 – Nyatakan ulasan tentang perkara yang dinyatakan oleh tokoh berkenaan.
Ayat 4 – Nyatakan hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.(ayat menjawab soalan)
Soalan contoh
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini.
Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.
Contoh :
Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian jenayah membabitkan remaja pada masa kini.(A1) Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini.(A2) Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh remaja terhadap seorang kanak-kanak baru-baru ini.(A3) Bagi menangani masalah ini daripada berterusan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya(A4).
2. Bentuk Persoalan
Bentuk persoalan merupakan bentuk pendahuluan yang agak mudah untuk dikuasai oleh pelajar. Pelajar hanya perlu mengemukakan beberapa persoalan yang berkaitan dengan isu yang mahu dihuraikan dalam karangan.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Pernyataan isu yang dijadikan asas dalam soalan (ayat tema)
Ayat 2 – Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu yang akan dibincangkan.
Ayat 3 – Ulasan persoalan yang telah dikemukakan.
Ayat 4 – Hala tuju soalan dalam bentuk persoalan (ayat menjawab soalan)
Contoh :
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini.(A1) Perkara yang menjadi persoalan kepada kita ialah mengapakah perkara ini semakin kerap berlaku? Apakah yang menyebabkan remaja yang bakal mewarisi kepimpinan negara ini melakukan jenayah pada usia muda?(A2) Semua persoalan ini makin menghantui kita dari sehari ke sehari.(A3) Siapakah pihak yang bertanggungjawab menangani masalah ini daripada terus menular dan menjadi barah dalam masyarakat kita ?(A4).
3. Bentuk Definisi
Pendahuluan jenis definisi agak mudah untuk dihasilkan. Pelajar perlu mengenal pasti perkara pokok dalam soalan. Berikan definisi yang tepat dan jelas tentang perkara tersebut. Kaitan definisi yang diberikan dan pokok persoalan dalam soalan perlu ketara. Pelajar tidak seharusnya memberikan definisi yang salah tentang perkara pokok yang ingin disampaikan. Tanpa definisi yang tepat, pendahuluan yang ditulis akan menjadi kabur.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Definisi perkara pokok yang terkandung dalam soalan.(ayat tema)
Ayat 2 – Ulasan tentang definisi yang diberikan dan kaitkannya dengan isu yang akan dihuraikan.
Ayat 3 – Ulasan isu yang dinyatakan.
Ayat 4 – Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.(ayat menjawab soalan)
Contoh :
‘Jenayah Remaja’ dapat ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja yang di bawah usia belasan tahun.(A1) Remaja yang melakukan jenayah ketika ‘di bawah umur’ akan dibicarakan di Mahkamah Juvana.(A2) Hal ini semakin membimbangkan kerana kejadian jenayah yang membabitkan golongan remaja yang masih bersekolah semakin bertambah dari masa ke masa.(A3) Mahu ataupun tidak mahu kita perlu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini daripada berterusan.(A4)
4. Bentuk Isu Semasa
Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku. Pelajar perlu mengaitkan peristiwa semasa dengan isu yang akan dibincangkan dalam karangan. Pendahuluan ini sekadar mengulas isu semasa yang berlaku dan membuat perkaitan dengan kehendak soalan.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Isu semasa yang relevan dengan kehendak soalan.(ayat tema)
Ayat 2 – Ulasan isu yang dijadikan perkara pokok dalam pendahuluan.
Ayat 3 – Ulasan isu dan kaitannya dengan perkara yang pada masa kini.
Ayat 4 – Hala tuju soalan karangan mengikut kehendak soalan (ayat menjawab soalan)
Contoh:
Sejak akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan pelbagai cerita salah laku dalam kalangan remaja.(A1) Kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan kes jenayah kecil seperti memukul rakan sebaya sehingga kes jenayah berat seperti membunuh.(A2) Semakin banyak kes yang dilaporkan semakin kerap berlaku kejadian jenayah dalam kalangan remaja.(A3) Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini sebelum menular memjadi lebih serius.(A4)
5. Bentuk Berita
Setiap hari berita-berita dalam akhbar memaparkan pelbagai perkara. Sesetengah perkara tersebut boleh dieksploitasi untuk dijadikan pendahuluan sesebuah karangan. Pelajar boleh menulis tajuk-tajuk berita sebagaimana yang sering dibaca di dalam akhbar bagi memulakan karangan dengan menggunakan tanda baca. Penggunaan tanda baca penting kerana ayat dalam tajuk berita biasanya tidak lengkap subjek dan predikatnya kerana ditulis secara ringkas sebagai kepala berita.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Tajuk berita yang ditulis berdasarkan isu dalam soalan(ayat tema)
Ayat 2 – Kaitkan berita yang ditulis atau dicipta dengan isu dalam soalan
Ayat 3 – Ulasan isu dalam soalan
Ayat 4 – Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.(ayat memjawab soalan )
Contoh:
“Dua Remaja Ditangkap Meragut” merupakan satu lagi tajuk berita hangat yang disiarkan di ahkbar semalam.(A1) Belakangan ini tajuk-tajuk berita yang melibatkan jenayah dalam kalangan remaja sering terpapar pada dada-dada akhbar arus perdana seperti goreng pisang panas.(A2) Hal ini diibaratkan satu gejala yang sukar dibendung dan sudah menjadi barah dalam kalangan remaja pada hari ini.(A3) Sebenarnya, berita-berita sebegini dapat dikurangkan sekiranya ada pihak yang tampil untuk menangani masalah ini secara menyeluruh.(A4)

No comments:
Post a Comment