Tuesday, March 2, 2010

Latihan Sej.T.3 - Bab5


BAB 5: KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

Tunku Abdul Rahman
Tun Dr. Ismail
Tun H.S. Lee
Tun Abdul Razak
1 Senarai di atas menunjukkan antara tokoh-tokoh yang menyertai
Rombongan Merdeka pada tahun 1956. Tokoh-tokoh tersebut mewakili
A Parti UMNO
B Parti Perikatan
C Kerajaan British
D Raja-raja Melayu

Perjanjian London 1956
2 Apakah perkara penting yang terkandung dalam Perjanjian London 1956?
I Kerakyatan jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu
II Perlantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal
Perlembagaan Merdeka
III Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada
31 Ogos 1957
IV Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau
kepentingan barat di Persekutuan Tanah Melayu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Persekutuan Tanah Melayu 1948
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Q
Suruhanjaya Reid
Merdeka 1957
3 Rajah di atas menunjukkan langkah-langkah menuju ke arah kemerdekaan.
Apakah Q ?
A Sistem Ahli
B Penubuhan Parti Perikatan
C Rundingan Merdeka di London
D Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur

20 Februari 1956- Kepulangan Rombongan Merdeka dari London

4 Berdasarkan pernyataan di atas, di manakah berlakunya tarikh
pengisytiharan kemerdekaan?
A Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
B Istana Besar Johor Baharu, Johor
C Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka
D Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

5 Antara berikut yang manakah berkaitan tentang janji-janji Parti Perikatan
kepada British apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
I Pangkalan tentera British masih dikekalkan di Tanah Melayu
II British bebas menjalankan kegiatan ekonomi mereka di Tanah Melayu
III Kerajaan Tanah Melayu akan menerima seorang pegawai British
sebagai Penasihat
IV Harta benda British di Tanah Melayu tidak akan diambil alih oleh
kerajaan Tanah Melayu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Lord Reid
Sir Ivor Jennings
William Mckell
Tuan B. Malik
Tuan Abdul Hamid
Q
6 Rajah di atas menunjukkan anggota-anggota yang menjadi ahli Q yang
ditubuhkan pada tahun 1956. Apakah tujuan penubuhan Q?
A Mengadakan pilihan raya peringkat persekutuan
B Merangka Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka
C Merundingkan tentang penyatuan Singapura dengan Tanah Melayu
D Merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada kerajaan
British

Beberapa cadangan Suruhanjaya Reid yang asal terpaksa dipinda untuk memuaskan hati semua pihak
7 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perkara yang telah dipersetujui
daripada pindaan tersebut?
I Cara pemilihan anggota parlimen
II Penggunaan bahasa di dalam majlis perundangan
III Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di
Tanah Melayu
IV Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan
Hak kaum lain
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


Perlembagaan Merdeka 1957

8 Ketua negara bagi penduduk Tanah Melayu ialah
A Ratu England
B Perdana Menteri
C Yang di-Pertuan Agong
D Pesuruhjaya Tinggi British


Semasa upacara pengisytiharan kemerdekaan yang diadakan di Stadium Merdeka, Pemasyhuran Kemerdekaan telah disampaikan kepada Tunku Abdul Rahman oleh wakil Ratu England.

9 Siapakah wakil Ratu England semasa upacara berkenaan?
A Duke of York
B Duke of Wales
C Duke of Gloucester
D Duke of Wellington

10 Perlembagaan Merdeka mengandungi beberapa fasal penting.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘fasal’?
A Perkara atau undang-undang utama
B Satu perisytiharan atau pengumuman penting
C Dokumen yang mengandungi cadangan tentang sesuatu perkara
D Bahagian daripada bab atau seksyen tertentu dalam dokumen
Undang-undang

11 Siapakah tokoh bukan Melayu yang terlibat dalam menuntut kemerdekaan
Tanah Melayu?
I Chin Peng
II Chien Tien
III Tun H.S Lee
IV Tun V.T. Sambanthan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Pemasyhuran Kemerdekaan adalah penting sebagai tanda pembebasan
negara daripada penjajahan British.

12 Antara berikut yang manakah merupakan isi kandungan Pemasyhuran
Kemerdekaan tersebut?
I Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957
II Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat
III Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
IV Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka mengandungi negeri
Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
13Tulisan jawi telah digunakan dalam dokumen pemasyhuran kemerdekaan. Mengapakah tulisan jawi digunakan ?..

A Menjadi simbol warisan bangsa.
B Menjadi tulisan rasmi Tanah Melayu.
C Menjadi tulisan perundangan Tanah Melayu
D Menjadi tulisan dalam urusan perdagangan Tanah Melayu









Karangan-Kaedah Menulis Kesimpulan/Penutup

Kaedah Menulis Kesimpulan atau Penutup
Formula kesimpulan karangan jenis cerita / pengalaman
A1 = Rumusan tindakan / aktiviti
A2 = Perasaan peserta / individu terbabit
A3 = Pengajaran yang diperoleh (satu atau dua ayat)
A4 = Harapan / nasihat kepada pembaca

Contoh
Tajuk : Ceritakan pengalaman anda di satu tempat peranginan

Setelah empat jam di Bukit Bendera, kami membuat keputusan untuk mneruni bukit. Kami sudah agak keletihan namun hati kami tetap gembira. Sesungguhnya, keindahan Bukit Bendera telah menjadi ilham kepada kami. Tunggulah daku pada kesempatan dan masa yang lain, desis hatiku. Bukit Bendera tetap segar dalam kenangan.

Formula Kesimpulan Karangan Jenis Perbincangan
A1 = Rumusan isi
A2 = Cadangan penulis
A3 = Seruan / harapan (pihak yang berkenaan)
A4 = Ramalan / gambaran kesan

Contoh
Tajuk : Keruntuhan moral anak-anak pada zaman ini di sebabkan oleh media massa. Berikan pendapat anda.

Terbuktilah bahawa sememangnya media massa telah menyumbangkan kearah keruntuhan moral remaja di negara kita. Sesungguhnya maalah keruntuhan akhlak ini dapat dikurangkan seandainya semua menghulurkan kerjasama dengan menyokong usaha-usaha kerajaan dan pelbagai pihak untuk mengatasinya. Diharapkan semua pihak terutamannya ibu bapa dapat membimbing anak-anak kea rah yang sihat dan benar. Jika masalah keruntuhan akhlak anak-anak pada hari ini dapat di atasi, maka negara akan dapat diterajui oleh pemimpim-pemimpin yang betul-betul berwibawa. Ingatlah kata pujangga, “Pemuda harapan negara, Pemudi Tiang negara”.

Karangan-Teknik Mengembangkan Isi Karangan

Teknik Mengembangkan Isi Karangan

Formula :
IMPAK – soalan langkah/usaha
KESAN – soalan kesan
PUNCA – soalan punca
FAEDAH – soalan kebaikan/kepentingan
KAEDAH 5W 1H – soalan laporan peristiwa

Formula IMPAK
- Formula IMPAK sesuai untuk karangan jenis langkah atau usaha

I - Isi tentang langkah / usaha (cara yang dilaksanakan)
M - Mengapa perlu dijalankan ( masalah sebelum ini)
P - Pengembangan / penerangan bagaimana langkah tersebut harus dilaksanakan/dijayakan oleh sesuatu pihak /agensi berkenaan
A - Masukkan alibi(bukti dan keterangan tentang langkah tersebut sebagai contoh)
K - Kesan positif langkah yang diambil/bakal dijalankan
·Setiap perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 6-8 ayat.
·Susunan ayat / idea bebas sama ada deduktif, indukif dan gabungan.
Soalan Contoh
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa
Rangka Jawapan

I
-Isi / langkah ~ memperkenalkan Malaysia di luar negara.
M - Mengapa/ masalah sebelum ini ~ Malaysia indah tetapi belum dikenali ( iklim, flora-fauna, masyarakat majmuk, pelbagai budaya, syurga makanan dll)
P - Pengembangan / bagaimana melaksanakan ~ Malaysia boleh diperkenalkan melalui media elektronik dan cetak (internet, halaman, risalah, iklan, dokmentari)
A - Alibi (contoh / bukti ) ~ pembikinan Majalah 3 oleh TV3, Warisan Sungai oleh RTM, Rencana dalam Majalah ‘Going Places’ oleh MAS.
K - Kesan ~ kedatangan pelancongan bertambah / pertukaran wang asing meningkat.

Formula KESAN
- Menghuraikan isi kesan sesuatu perkara.

K - Kesan (isi) / ayat topic
E - ‘Explain’ bagaimana berlaku / terjadi kesan tersebut
S - Sebab terjadi demikian
A - Alibi ( contoh/ bukti kejadian)
N - Natijah/ kesan keseluruhan
Soalan Contoh
Kemasukan warganegara asing ke negara ini secara haram menimbulkan pelbagai kesan kepada rakyat negara ini. Huraikan kesan-kesan tersebut.

K
-Kesan(isi) ~ merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan.
E - Explain / bagaimana ~ majikan lebih suka mengupah mereka
~ suka membelakangkan warga tempatan
~ sanggup berhentikan pekerja tempatan untuk memberikan laluan kepada
warga asing
S - sebab ~ merupakan pekerja yang rajin dan baik
~ berasal dari keluarga yang miskin
~ sanggup melakukan sebarang pekerjaan
~ tidak memilih / cerewet tentang upah
A - Alibi / contoh ~ berlaku di sektor perladangan
~ berlaku di sektor pembinaan, perkilangan
N - Natijah (akibat) ~ kadar penggangguran pekerja tempatan meningkat
~ kadar jenayah meningkat

Formula PUNCA
Huraian isi sebab / punca / faktor sesuatu perkara

P - Point (sebab / punca / faktor)
U - Ulasan isi / point (definisi, mengapa,bila, di mana, siapa)
N - Naratif (ceritakan) bagaimana terjadi / berlaku
C - Contoh / bukti
A - Akibat / Natijah / Kesan
Contoh soalan
Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah

P - Point (punca) – punca tertarik / terpengaruh oleh dorongan material
U - Ulasan ~ dorongan material tersebut ialah mahu hidup bergaya, kelihatan cantik dan
anggun, merasai nikmat keduniaan
N - Naratif – tergoda oleh cerita rakan – meninggalkan sekolah dan membelakangi ibu bapa – akibat mentah dalam pemikiran / kurang asam garam kehidupan
C - Contoh – kajian oleh pihak polis membuktikan faktor tersebut, hasil temu ramah dengan mangsa /
reaksi mangsa dalam Kisah Benar di TV 3
A - Akibar – Remaja menggilai nilai-nilai kebendaan tetapi malang tidak berbau – remaja terjebak ke
dalam kancah maksiat / lembah kehinaan seperti menagih dadah, pelacuran

Formula KAEDAH
Menghuraikan isi faedah sesuatu perkara

Fa - Fakta iaitu Faedah / Kebaikannya
E - ‘Explain’ bagaimana terjadi / berlaku / diperolehj
Da - Dalil (keterangan, bukti, contoh faedah)
H - Hujah pendirian { penulis / ayat kesimpulan }
Contoh
Faedah / Kebaikan Teknologi maklumat
Dalam bidang perubatan

Fa - Teknologi maklumat untuk mendiagnosis pesakit dan mengenal pasti penyakit
E - Data maklumat lengkap – mudah dibandingkan / dianalisis
Da - Komputer menerima imput tentang status pesakit – memproses input – contoh
H - Terbukti bahawa Teknologi maklumat dapat dimanipulasikan untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan perubatan negara kita
Dalam bidang pendidikan

Fa
- Memudahkan pelajar-pelajar berhubung dengan pensyarah-pensyarah di dalam atau di luar negara
E - Pelajar dapat berkomunikasi secara langsung dengan pensyarah berhubung masalah pembelajaran
Da - Telesidang dan internet memungkinkan komunikasi dua hala berlangsung
H - Dalam hal ini, Teknolgi Maklumat bukan sahaja menjimatkan kos malah menjimatkan masa.

Formula KEDAH 5 W 1 H
Huraikan untuk soalan laporan peristiwa

Apa - Apa peristiwa yang ingin dilaporkan
Bagaimana - Bagaimana peristiwa tersebut berjalan atau dilaksanakan atau berlaku
Siapa - Siapa yang terlibat dalam peristiwa terebut
Di mana - Di mana peristiwa itu berlaku
Bila - Bila ia berlaku / tarikhnya
Mengapa - Mengapa berlaku atau mengapa diadakan

Karangan-Teknik Penulisan Perenggan

Kaedah Menulis Perenggan Isi Karangan
  • Setiap perenggan mesti mempunyai satu isi sahaja.
  • Setiap perenggan yang berkualiti mesti disertai dengan isi penting, huraian, dan contoh yang sesuai.
  • Terdapat 3 jenis perenggan bagi membina isi iaitu:
    a) Perenggan deduktif
    b) Perenggan induktif
    c) Perenggan gabungan deduktif dan indukti

a) Perenggan Deduktif
Perenggan jenis ini mendahulukan isi penting, huraian, dan contoh.
Ø Isi penting
Ø Huraian Isi
Ø Contoh
Contoh:
Salah satu sebab berlaku masalah ponteng dalam kalangan pelajar ialah kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.(isi penting) Hal ini demikian kerana ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehingga tidak ada masa untuk melihat pelajaran anak mereka. Kesannya, anak mereka menjadi bosan dan akhirnya terlibat dalam masalah ponteng sekolah.(huraian isi) Ibu bapa yang keluar bekerja pada awal pagi menyangka anak mereka pergi ke sekolah, tetapi terperanjat apabila diberitahu oleh guru bahawa anak mereka tidak hadir ke sekolah.(contoh)

b) Perenggan Induktif
Perenggan ini mesti mendahulukan huraian tentang isi, seterusnya diikuti dengan contoh-contoh dan isi penting pada akhir perenggan.
Ø Huraian isi
Ø Contoh
Ø Isi penting
Contoh:
Ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehinggga tidak ada masa untuk melihat pelajaran sekolah anak mereka. Kesannya, anak akan menjadi bosan dan akhirnya terlibat dalam masalah ponteng sekolah.(huraian isi) Ibu bapa yang keluar bekerja pada awal pagi tidak menyangka anak mereka tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. (contoh) Kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka inilah yang menyebabkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa.(isi penting)

c) Perenggan Gabungan Deduktif dan Induktif
Kaedah ini pula membenarkan isi penting wujud pada awal perenggan dan akhir perenggan. Huraian dan contoh-contoh wujud antara kedua-dua isi penting itu.
Ø Isi penting
Ø Huraian isi
Ø Contoh
Ø Isi penting
Atau
Ø Hurain isi
Ø Contoh
Ø Isi penting
Ø Huraian isi
Contoh:
Salah satu sebab berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kerana kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.(isi penting) Hal ini demikian kerana ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehingga tidak ada masa untuk memantau pelajaran anak mereka.(huraian isi) Ibu bapa yang keluar bekerja pada awal pagi menyangka anak mereka rajin ke sekolah tetapi amat terperanjat apabila diberitahu bahawa anak mereka tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari.(contoh) Hal ini jelas menunjukkan bahawa masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar berlaku kerana kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.(isi penting)

Karangan-Bentuk-Bentuk Pendahuluan

Bentuk-bentuk Pendahuluan Karangan yang Mudah

Bentuk-bentuk pendahuluan ini sesuai digunakan dalam karangan tidak berformat. Sekiranya karangan berformat, pelajar hanya perlu menuliskan format rasmi berkenaan dan terus kepada bentuk pendahuluan yang dikehendaki.

1. Bentuk Pendapat/Pandangan Tokoh
Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar menguasai nama-nama tokoh yang relevan dengan tajuk soalan yang dikemukakan. Misalnya:
- Isu pendidikan- Menteri Pelajaran Malaysia
- Isu pendatang asing- Menter Dalam Negeri
- Isu kemalangan jalan raya – Menteri Pengangkutan/Menteri Kerja Raya
- Tokoh-tokoh lain yang bersesuaian juga boleh digunakan tetapi pastikan tokoh berkenaan mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Tentukan isu yang dibincangkan (ayat tema)
Ayat 2 – Nyatakan pandangan tokoh berkenaan tentang isu tersebut.
Ayat 3 – Nyatakan ulasan tentang perkara yang dinyatakan oleh tokoh berkenaan.
Ayat 4 – Nyatakan hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.(ayat menjawab soalan)
Soalan contoh
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini.
Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.
Contoh :
Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian jenayah membabitkan remaja pada masa kini.(A1) Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini.(A2) Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh remaja terhadap seorang kanak-kanak baru-baru ini.(A3) Bagi menangani masalah ini daripada berterusan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya(A4).

2. Bentuk Persoalan
Bentuk persoalan merupakan bentuk pendahuluan yang agak mudah untuk dikuasai oleh pelajar. Pelajar hanya perlu mengemukakan beberapa persoalan yang berkaitan dengan isu yang mahu dihuraikan dalam karangan.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Pernyataan isu yang dijadikan asas dalam soalan (ayat tema)
Ayat 2 – Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu yang akan dibincangkan.
Ayat 3 – Ulasan persoalan yang telah dikemukakan.
Ayat 4 – Hala tuju soalan dalam bentuk persoalan (ayat menjawab soalan)
Contoh :
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini.(A1) Perkara yang menjadi persoalan kepada kita ialah mengapakah perkara ini semakin kerap berlaku? Apakah yang menyebabkan remaja yang bakal mewarisi kepimpinan negara ini melakukan jenayah pada usia muda?(A2) Semua persoalan ini makin menghantui kita dari sehari ke sehari.(A3) Siapakah pihak yang bertanggungjawab menangani masalah ini daripada terus menular dan menjadi barah dalam masyarakat kita ?(A4).

3. Bentuk Definisi
Pendahuluan jenis definisi agak mudah untuk dihasilkan. Pelajar perlu mengenal pasti perkara pokok dalam soalan. Berikan definisi yang tepat dan jelas tentang perkara tersebut. Kaitan definisi yang diberikan dan pokok persoalan dalam soalan perlu ketara. Pelajar tidak seharusnya memberikan definisi yang salah tentang perkara pokok yang ingin disampaikan. Tanpa definisi yang tepat, pendahuluan yang ditulis akan menjadi kabur.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Definisi perkara pokok yang terkandung dalam soalan.(ayat tema)
Ayat 2 – Ulasan tentang definisi yang diberikan dan kaitkannya dengan isu yang akan dihuraikan.
Ayat 3 – Ulasan isu yang dinyatakan.
Ayat 4 – Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.(ayat menjawab soalan)
Contoh :
‘Jenayah Remaja’ dapat ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja yang di bawah usia belasan tahun.(A1) Remaja yang melakukan jenayah ketika ‘di bawah umur’ akan dibicarakan di Mahkamah Juvana.(A2) Hal ini semakin membimbangkan kerana kejadian jenayah yang membabitkan golongan remaja yang masih bersekolah semakin bertambah dari masa ke masa.(A3) Mahu ataupun tidak mahu kita perlu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini daripada berterusan.(A4)

4. Bentuk Isu Semasa
Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku. Pelajar perlu mengaitkan peristiwa semasa dengan isu yang akan dibincangkan dalam karangan. Pendahuluan ini sekadar mengulas isu semasa yang berlaku dan membuat perkaitan dengan kehendak soalan.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Isu semasa yang relevan dengan kehendak soalan.(ayat tema)
Ayat 2 – Ulasan isu yang dijadikan perkara pokok dalam pendahuluan.
Ayat 3 – Ulasan isu dan kaitannya dengan perkara yang pada masa kini.
Ayat 4 – Hala tuju soalan karangan mengikut kehendak soalan (ayat menjawab soalan)
Contoh:
Sejak akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan pelbagai cerita salah laku dalam kalangan remaja.(A1) Kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan kes jenayah kecil seperti memukul rakan sebaya sehingga kes jenayah berat seperti membunuh.(A2) Semakin banyak kes yang dilaporkan semakin kerap berlaku kejadian jenayah dalam kalangan remaja.(A3) Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini sebelum menular memjadi lebih serius.(A4)

5. Bentuk Berita
Setiap hari berita-berita dalam akhbar memaparkan pelbagai perkara. Sesetengah perkara tersebut boleh dieksploitasi untuk dijadikan pendahuluan sesebuah karangan. Pelajar boleh menulis tajuk-tajuk berita sebagaimana yang sering dibaca di dalam akhbar bagi memulakan karangan dengan menggunakan tanda baca. Penggunaan tanda baca penting kerana ayat dalam tajuk berita biasanya tidak lengkap subjek dan predikatnya kerana ditulis secara ringkas sebagai kepala berita.
Kandungan Perkara dalam Pendahuluan
Ayat 1 – Tajuk berita yang ditulis berdasarkan isu dalam soalan(ayat tema)
Ayat 2 – Kaitkan berita yang ditulis atau dicipta dengan isu dalam soalan
Ayat 3 – Ulasan isu dalam soalan
Ayat 4 – Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.(ayat memjawab soalan )
Contoh:
“Dua Remaja Ditangkap Meragut” merupakan satu lagi tajuk berita hangat yang disiarkan di ahkbar semalam.(A1) Belakangan ini tajuk-tajuk berita yang melibatkan jenayah dalam kalangan remaja sering terpapar pada dada-dada akhbar arus perdana seperti goreng pisang panas.(A2) Hal ini diibaratkan satu gejala yang sukar dibendung dan sudah menjadi barah dalam kalangan remaja pada hari ini.(A3) Sebenarnya, berita-berita sebegini dapat dikurangkan sekiranya ada pihak yang tampil untuk menangani masalah ini secara menyeluruh.(A4)