Saturday, February 18, 2012

Gaya Bahasa

NOTA KOMSAS
GAYA BAHASA

Gaya bahasa ialah penggunaan bahasa yang digunakan oleh seseorang pengarang bagi memastikan keberhasilan karyanya. Kajian gaya bahasa boleh menekankan aspek pemilihan dan penggunaan perkataan, sama ada senang, mudah, tepat dan berkesan; penggunaan ayat sama ada panjang, pendek, atau sederhana panjang ; penggunaan dialog sama ada pendek, ringkas, atau berkesan; penggunaan kata pinjaman atau bahasa daerah; dan unsur keindahan bahasa seperti simile, metafora, personifikasi, hiperbola, perulangan, perlambangan, dan peribahasa.

Glosari Unsur Keindahan Bahasa

a) Simile – Perbandingan yang jelas dengan menggunakan perkataan bak, seperti atau umpama.Contoh :”Yang daunnya macam pedang tu?”

b) Metafora – Perbandingan langsung antara dua objek yang sama ciri-cirinya. Antaranya satu objek yang konkrit dan satu objek yang abtrak. Metafora tidak menggunakan perkataan bak, bagai atau umpama.Contoh: Sungai duka

c) Hiperbola – Gaya bahasa yang keterlaluan atau melampau yang tidak masuk akal. Biasanya digunakan untuk memberi penekanan maksudnya yang berhubungan dengan perasaan dan suasana.Contoh:” ..Berapa lama kamu nak berlapuk di sini Budiman?...

d) Personifikasi – Pemberian sifat-sifat manusia kepada benda yang tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk mendapatkan kesan sastera atau seni.Contoh:”…suara kijang menggigit-gigit telinga saya.”

e) Perulangan: –
i- Anafora – memperlihatkan aspek pengulangan perkataan atau frasa pada awal kalimat.Contoh:
masih disitu, masih memandu kereta lama,
masih menuju sekolah yang sama.

ii- Asonansi –pengulangan bunyi vokal a, e, i, o, u.

iii- Aliterasi – Pengulangan bunyi konsonan iaitu huruf-huruf selain bunyi vokal.

iv- Epifora – Pengulangan kata atau frasa pada akhir kalimat.Contoh:
Keli masuk ruan keluar,
matahari masuk bulan keluar.

f) Inversi – Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.Contoh: “..Bagus tinggal di sini. Apa yang ada, sama-sama kita makan….”

g) Sinkope – penggunaan singkatan perkataan khususnya dalam dialog dan monolog.Contoh: “hendak” disebut atau ditulis “nak”.

h) Nada – melibatkan perasaan penyajak, sama ada penyajak dalam nada marah, melankolik (sedih/sayu), atau sinis(menyindir), romantis, protes atau patriotik.

i) Diksi – Pemilihan kata yang tepat yang dapat memberikan kesan yang maksimum kepada pembaca. Perkataan itu mungkin puitis atau indah, bersifat kedaerahan, bahasa klasik, bahasa slanga atau bahasa asing. Contoh : Bahasa daerah “dua kupang lima duit”.






Penanda Wacana 2

BAHASA MELAYU

PENANDA WACANA


i) Penanda Wacana Pendahuluan- pemulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pasca kemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelankangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di Samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apabila

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh ini,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepada (Huraian 1) __(x)__ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulan,
b) Ijtihadnya,
c) Secara tuntas,
d) Konklukasinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
f) Secara total.

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun begitu,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
h) Di sebalik itu,
i) Dalam pada itu,
j) Dari sudut itu,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa,……..
b) Bak kata peribahasa Melayu,………..
c) Bak kata orang tua-tua,…..
d) Bak kata mutiara,……..
e) Bak peribahasa,………..
f) Bak kata cendekiawan,……..
g) Persis kata peribahasa,………
h) Persis kata peribahasa Melayu,……..
i) Persis kata orang tua-tua,……..
j) Persis kata mutiara,………..
k) Persis peribahasa,……..
l) Persis kata cendekiawan,……
m) Hal ini sama dengan peribahasa,………
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni…….
o) Fenomena ini dikatakan…..
p) Masalah ini sama dengan peribahasa…….
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa…….